Sunday, 3 November 2019

Korea - Day 4

Assalamualaikum W.B.T....

Annyeong gaiss... Sis teruskan story-mory Autumn in My Heart versi me...


10 October 2019 (Thursday)

Jalgayo Jeju, Annyeong Seoul...


08.50am... Flight menuju ke Seoul...


Check in...


Pemeriksaan Imigresen, barisan agak panjang, pastikan datang awal ke airport...


Alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke bumi Seoul, kali pertama sis ke mari pada tahun 2015...

Bermulalah kehidupan menaiki public transportation terutamanya subway dan berjalan kaki beratus-ratus meter, uhuk uhuk... 😥 Terus menuju ke Myeongdong untuk check in hotel...


UH Hotel...


Since hotel ni ada kitchen, iolls dah okey, kitorang boleh gunakan microwave untuk panaskan makanan kitorang, ada Cuckoo water purifier untuk buat minuman panas dan air sejuk untuk isi botol minuman. Agak-agak nak cuci baju tu, laundry juga disediakan.


12.30pm... Lunch time... Rasanya Restoran Kampungku ini dah terkenal dikalangan pelancong muslim sekiranya berkunjung ke Myeongdong.


Kalau dah memang tekak melayu tu, pergi ke mana-manapun cari makanan melayu juga, ekekek soalnya bukan itu, perut dah lapar dan dah ada restoran halal, kat situ la rezeki tu, hehehe...

Sis makan nasi goreng kampung, ₩7,500 (RM 26)...


01.30pm... Menuju ke Gyoengbokgung Palace... Tak boleh buat apa dah, kitorang sampai je, cun-cun selesai ceremony Changing of the Guards yang mengambil masa lebih kurang selama 20 minit... Eh awal pula, ingatkan persembahan dalam jam 02.00pm camtu... Ermm bukan rezeki Cik Nita and Aina tengok live, sis ngan Miss Rina takpe lah juga, ni dah second time kitorang ke sini dan kali pertama dulu kitorang berkesempatan menyaksikan persembahan pada sesi pagi.


Jom lawat kawasan sekitar...


Keadaan dalam istana... Alaa lebih kuranglah cam dalam drama korea tu...


Dah tu nak buat apa lagi, photoshoot la... 😁😃






Yeppeuda 👘





Jomlah keluar dari palace ni...


Siput sedut 🐚 😆


Bila nampak siput sedut tu, dah tau ke mana arah tuju seterusnya... Cheonggyecheon Stream...



04.30pm... Kami kembali ke hotel...


09.15pm... Setelah berehat, santai dan dinner kat bilik ja, weolls (kecuali Cik Nita rest kat bilik) merayap ke serata Myeongdong Street, kononnya nak meninjau pasar malam, eh takde pun, huh hujung minggu je kot...


So tengok-tengok je la kedai-kedai yang ada di Myeongdong ni, itupun cukup untuk cuci mata dan mencuci dompet anda, hahaha...


Tapi bukan untuk sis ye, muahehehe... Dalam banyak-banyak barang, eye mask ni yang sis beli kat kedai DM Mart, gara-gara eye bag sis yang tak boleh bawak bincang, dengan harapan takdelah nampak sangat mata panda tu... 🤭🐼 Sekotak berharga ₩12,000 (RM 42.50), didalamnya terdapat 5 pasang eye mask. Korea terkenal dengan face mask dan amat berbaloi kalau nak borong kat sini coz harganya jauh lebih murah berbanding beli kat Malaysia, even memborong kat Incheon Airport pun, bagi sis harganya still lebih murah....


Baru sehari turun naik subway, kepala sis start dah mencucuk-cucuk, time to rest... Sis berkenan sungguh dengan alat ni, tak pasti dipanggil apa, ianya sejenis bed warmer, fuhh dengan cuaca sejuk-sejuk kat Korea, tidur di atas tilam yang suam-suam, bertambah lena tidur sis :-) ....

Zzzzzzz Selamat malam....

No comments:

Post a Comment