Sambungan....
Selesai bekpes, perut dah di isi, tenaga pun dah di cas.... Jam 0900 kami pun bertolak ke Sepilok. Destinasi pertama kami adalah Pusat Pemulihan Orang Utan (Orang Utan Rehabilitation Centre).
Kami tak nak terlepas feeding time jam 1000, so kena pegi sini dulu, coz time ni la boleh nampak Orang Utan keluar tuk mendapatkan makanan. Kalau terlepas feeding time waktu pagi, ada lagi feeding time waktu petang pula.
Spesis Orang Utan ni dah semakin pupus, boleh nampak spesis monyet @ beruk @ kera, aku tak tau nak bezakan, hehehe.... Adalah lebih banyak dari Orang Utan.... Oleh itu, tempat ni sangat penting sebagai pemuliharaan Orang Utan.
Tiket masuk RM 5 tuk dewasa & bayaran tuk kamera RM 10.
Memandangkan kami pegi time ni hari ahad, jadi ramai pengunjung masa tu, terasa juga cam kat oversea coz pelancong orang putih memang ramai, rombongan budak sekolah pun ada masa tu. Rasanya kalau hari biasa mesti tak seramai ini.
tepat jam 1000, makannn time..... |
Ni Miss Jie kazen Miss Jaja, dulu sama-sama keja kat JB, tapi sekarang dah tukar jabatan... aku dah kenapa cam nak tunjuk muka sama ngan Orang Utan pula, muahahaha.... |
Dah puas snap-snap gambar, 1010 kami beransur kuar dari tempat tu. Sambung pula snap-snap gambar kat luar...
Jam 1035....
Bersebelahan Pusat Pemulihan Orang Utan ni, ada Bornean Sun Bear Conservation Centre.... Kami pun singgah sekejap & tengokla beruang apa yang ada kat sini. Bayaran masuk sama juga RM 5, kamera it's free.
Ini adalah beruang madu, 1 badan berbulu hitam, bagi aku tak la secomel panda, hehehe.... Jangan marah Mr. Honey Bear, walaupun tak secomel si Panda tapi You tetap menawan, hitam itu kan menawan... hihihi....
Sepanjang jalan ada diceritakan mengenai beruang madu ni, aku tak rajin pun nak baca, sapa yang nak tau sangat tu sila la tanya Mr. Google....
Meneruskan misi menjelajah bumi Sandakan, jam 1100 kami menuju ke Rainforest Discovery Centre, kebetulan kami datang, diadakan Borneo Bird Festival. So ramai pengunjung masa tu, kami terpaksa parking jauh, tapi bila lalu sepanjang jalan, ada je parking kosong lagi kat depan, huhuhu penat wei jalan kaki masuk dalam....
Tengokla 400 meter kot, T_____T uhuk...
Disebabkan festival ni, masuk adalah percuma, kalau tak entrance fee RM 7.
apa yang ada kat sini.... |
Kitorang punya pusing 1 hutan ni, seekor burung pun tak nampak, kata festival burung, huh nasib free, kalau tak lagi sia-sia....
Ermmm ngam sangat la tu, let it go... let it go.... Gambar burung kat banner ni je la, yang real tak muncul2 pun....
Kat sini juga ada pokok yang sangat besar, tak kuasa aku nak cari, penat berjalan & panas....
Yang ni la kot pokok tu....
Kitorang lalu juga la jambatan gantung ni, boleh tahan bergoyang bila lalu tu.....
Ntah berapa ringgit kalau nak main benda tu, aku tak terasa pun nak naik, hehehe.... Dah pernah naik jugakan, tapi tempat lain la.....
Okeh sudah cukup-cukup sudah, 1210 kitorang kuar dari sini... Miss Jaja tanya, nak ke singgah Taman Jalil Alip, dah tak jauh kalau nak pegi, tapi aku skip tempat tu, coz lebih kurang gak cam kat RDC, tempat tu dah tak meriah, kebanyakan orang datang nak memancing je....
Aku stop sampai sini dulu, to be continue at Part 3....
No comments:
Post a Comment