Tuesday, 12 November 2019

Korea - Day 7 (Part 1)

Assalamualaikum W.B.T...

Seminggu dah sis berkelana di bumi Korea, uwaa cuti dah nak habis.... ☹


13 October 2019 (Sunday), hanbok day! 👘


Seperti biasa sebelum 08.30am kami dah menjenguk-jenguk kafe hotel, dah bekpes dalam bilik, ni sambil-sambil menunggu Cik Tour Guide sampai, sempat lagi kitorang menikmati bread sekeping dua...


Sebelum bertolak...


Stesen subway lengang....



Santai je pagi ni...


09.00am, pilihan tempat menyewa hanbok adalah di Bukchon Hanok Village...



Suka hati lah ke mana nak melaram pakai hanbok tu selama sejam... Bayaran sewa sepersalinan pakaian iaitu baju, skirt, besi dalam skirt yang mengembangkan kain dan aksesori kepala termasuk sewa loker untuk menyimpan beg-beg kitorang, kesemuanya ₩14,000 (RM 48.50) seorang. Nak juga harga berasingan, tu belum lagi perbezaan harga mengikut jenis aksesori. Okeyla, tak kisah la... 😑



Dayang-dayang...




Area ni pemes juga sebagai tempat penggambaran drama Korea...




Times up, 10.40am weolls perlu mengembalikan semula hanbok...



Mission completed...


Next destination...


11.50am lunch di Makan Restaurant, Itaewon... Menu kami :-

Saengseon gui (grilled fish), ₩8,000 x 2 set: ₩16,000 (RM 55.50)
Dalktoritang (braised chicken stew), ₩10,000 (RM 34.60)
Ddukbaegi bulgogi (beef meat), ₩10,000 (RM 34.60)
Ojingeo bulgogi (grilled squid), ₩10,000 (RM 34.60)

Total : ₩46,000 (RM 159.30), lunch budget per person RM 31.90 only.

Happy lunch, happy tummy... Continue at next entri... 🤗

No comments:

Post a Comment