Wednesday, 23 October 2019

Korea - Day 2 (Part 2)

Assalamualaikum W.B.T.... Hai Uollss... Sambung story last entri ye...


01.45pm.... Seongsan Ilchulbong...


Kan sis dah cakap nak naik bukit atas tapak tangan sis yang kat dalam gambar last entri tu, inilah tempatnya...


Wow baru sis tahu tempat ni diiktiraf salah satu daripada 7 keajaiban dunia...


Menapak dulu sebelum tiba di kaki bukit...


Baru keluar peluh tu...


Seongsan Ilchulbong Peak...


Tak pernah terfikir akan membukit sampai ke Jeju, alhamdulillah diberi peluang...


Masa naik je azab sikit, time nak turun tu dah okey...


Serius cantik pemandangan...


Kat Jeju kan pemes penyelam dikalangan ahjumma... Sis tengok dari kejauhan je...


Sesiapa teringin nak menyaksikan persembahan para ahjumma, pastikan tak terlepas masa persembahan...


Entah berapa kali cakap nak ke parking, nak singgah toiletla, nak tengok souvenirla, pergerakkannya tak ada juga, hihihi 😂😅


Jus oren ada kat mana-mana, kan dah cakap, Jeju terkenal ngan buah oren...


Mula-mula tu cakap jugak, apasal asyik-asyik souvenirnya dari batu-batu macamni, ooo rupa-rupanya selain buah oren, kiranya batu-batu ni adalah mercu tanda Jeju Island.

Jeju merupakan sebuah pulau gunung berapi yang terhasil dari api dan air (sumber Mr. Google), wujudnya batu-batu berwarna hitam  adalah melalui lava yang mengalir akibat letusan gunung berapi (betulkan sis sekiranya tak tepat)...  Teringat kat Gunung Merapi Jogja, jalan menuju ke sana banyak batu-batu hitam...

Sis pun terus beli souvenir patung batu-batu ni sebagai tanda kenangan... 😊


03.30pm... Menuju ke destinasi seterusnya... Eh tetiba Cik Tour Guide kata nak singgah kebun buah oren... Ahjussi driver pun terpaksa uturn untuk pergi ke kebun buah oren.


Tak ngam taimingla, buah oren tak masak lagi, kalau dah musim, kebun oren ni akan nampak cantik dengan warna oren bergantungan di dahan pokok... Masa tu nak petik-petik buah oren pun boleh, fefeeling berkebun, ekekek...


04.10pm... Folk Village, destinasi terakhir untuk hari ini...


Lokasi penggambaran drama Saimdang... Dalam itinerary ada tertulis tempat penggambaran drama Korea, rupanya cerita Saimdang yang berlakon kat sini... Sis suka kot drama tu, yang tak pernah tengok tu, tengokla, best tau... 🙂


Bersama pemilik rumah ini, sepasang suami isteri tinggal di sini... Sampai-sampai ja halmeoni bercerita tentang adat resam dan sejarah perkampungan kat sini... She is fluent in English...


Wanita Korea pada zaman dahulu, kerja berat tau...


Dapur tradisional... Yang dikelilingi batu tu pigpen @ pigsty (kandang babi)... Time kitorang datang ni, mereka semua dikuarantin kerana dikhuatiri dijangkiti wabak penyakit yang tengah melanda ke atas haiwan-haiwan tersebut pada ketika itu...


Minuman kesihatan...

Diakhir tour, halmeoni membawa kami masuk ke sebuah bilik dan memperkenalkan produk kesihatan dan kecantikan mereka... Melawat lokasi ini adalah percuma tetapi diakhir tour mereka akan mempromosikan barangan jualan mereka...

Testimoni produk memang terbaik dan sudah terkenal serata dunia... Buktinya pun ada depan mata, halmeoni sendiri sihat tubuh badan dan nampak muda, tak nampak cam nenek kan, siapa sangka umurnya dah 67 tahun... Ai is suprising okeh, nak sebaya ngan mak sis tapi jauh sangat beza penampilan tu... But mianhae halmeoni, weolls tak beli pun... 😌



Halmeoni ambik bendera bagi kitorang bergambar ngan bendera Korea... 🇰🇷


Simbol Jeju Island, patung batu... Hanya setengah jam kami berada di sini dan tiba masanya balik ke hotel...


Dinner weolls, sardin bawak dari Malaysia, beli nasi kat CU Mart, terusla tumpang microwave untuk panaskan sardin tu, muahehe nasib pekerja mart tu tak kesah... Makan kat mart, ala-ala korean kononnya 😁


Semalam sis cuci mata tengok barang-barang kat mall, so malamni sis tekad nak pegi semula ke mall ni, ajak semua partner in crime... Kitorang menapak sendiri menuju ke Jeju Jungang Shopping Mall, cukup sekali Cik Tour Guide bawak jalan ke sana, dah boleh ingat laluan tu...

So hasilnya jaket seorang satu, kecuali Cik Nita tak beli. Tunggu keesokan hari, sis pakai ya 🤭

 Selamat malam Jeju... Annyeong...

No comments:

Post a Comment