Thursday, 24 January 2019

Muzium Kucing dan Sarawak River Cruise, Kuching Sarawak

Assalamualaikum W.B.T.....

Hello semua...

Saya kongsikan antara tempat yang boleh dikunjungi sekiranya ingin bercuti ke Kuching, Sarawak.


Muzium Kucing Kuching, Sarawak

Tiket masuk :-

Dewasa (12 tahun ke atas)           : RM 3
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah): RM 2
Orang Kurang Upaya (OKU)          : Percuma


Tiada yang boleh dijadikan mangsa untuk menjadi muka kucing....




Muzium yang bertemakan kucing, menceritakan jenis-jenis kucing dan sejarah kucing, juga terdapat pelbagai replika kucing dan kucing yang telah diawetkan. Jangan cari kucing hidup kat sini, tak de ok :-p....


 Pusara kucing adalaa, hehehe....


Kira umur kucing anda...

Layankan gambar si kaki foto, :-)



Masa aku pegi ni seminggu selepas perayaan krismas, kucing masih dalam mood krismas lagi, hihihi...







Di luar bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)... Muzium Kucing berada dalam bangunan ni...


Sebelum matahari melabuhkan tirai, antara aktiviti yang boleh dilakukan sekiranya berkunjung ke Kuching, Sarawak adalah menaiki bot yang menyusuri sepanjang Sungai Sarawak sambil menikmati pemandangan menarik di sekitarnya. 

Perjalanan mengambil masa selama satu jam tiga puluh minit bermula pada jam 5.30 petang sehingga 7.00 malam. Bayaran tiket adalah RM65 seorang.


Pengunjung disajikan dengan pelbagai aneka kek lapis yang sememangnya popular di negeri ini, selagi ada terhidang tu, engko makanlah sampai puas, dah termasuk ngan bayaran tiket tadi.


Sepanjang perjalanan menikmati pemandangan tu adalah suara latar yang akan menceritakan sejarah bangunan-bangunan dan tempat-tempat yang terdapat di kiri kanan persisiran sungai. Setelah sejam perjalanan, pengunjung dipersembahkan pula dengan Tarian Suku kaum Etnik Sarawak.


Salah satu tempat bersejarah berada di seberang sungai sana, Kubu Margherita.... 


Pemandangan akan bertambah cantik apabila senja menjelma dengan adanya pelbagai warna lampu yang memancarkan cahaya...


Berlatarbelakangkan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, nak cantik ambik gambar memalam coz baru ada sinaran lampu...


Yang belampu-lampu kat belakang tu adalah Jambatan Darul Hana, dikala malam hari lampu-lampu kat jambatan tu akan bertukar-tukar warna... Keindahan ini dilengkapi lagi dengan adanya Musical Fountain selama 15 minit bermula jam 8.30 malam dan 10.00 malam... (Maaf saya tak ambik gambar dan ketika muzik bermula saya hanya berlalu pergi dan tidak menyaksikannya, TT___TT)


Selamat mengambara....

Wassalam... ;-)


No comments:

Post a Comment