Wednesday, 16 May 2018

Jogjakarta - Day 4

Assalamualaikum w.b.t...
Hi semua...

Sis tak lupalah nak sambung cerita hari berikutnya berada di Jogja, nak ambik mood tu yang lambat sikit... Selagi tak siapkan entri Jogja ni, terasa ada je kurang, hehehe so bila dah free ni ai settlekanla stori-mori yang tertangguh, kalau ada pembuka mesti ada penutupnya...


Esok hari terakhir kat Jogja so hari ni kena utamakan perkara yang wajib dulu, hehehe apalah yang wajib tu ye...

Shopping time... Bukan nak shopping sangat pun, nak beli souviner sebenarnya... Sepanjang tiga hari kat Jogja, langsung takde beli apa-apapun lagi untuk kenang-kenangan... Pagi ni kitorang cuci-cuci mata dulu sambil cuci-cuci dompet sekali... 😁😅


0730am dah gerak ke Bakpia Pathok 25, katanya ole-ole khas Jogja...


Tak beli banyak pun, memikirkan nak angkut bawa balik tu, semua sedia maklum, peraturan Airasia dah strict bab luggage ni...


Cukup sejam di kedai bakpia, ke kedai batik pula... Batik pun femes kat Jogja ni... 


Adalah juga beli sehelai dua kain batik tu, dah siap jahit kot kain yang dibeli, ekekeke 😁😄 Bolehla pakai tuk raya tahun ni, muahehehehe... Gambar kain takde, ai belanja gambar perasan model ni je la, kahkahkah...


Hampir sejam kat kedai batik, meneruskan acara menyoping di Pasar Beringharjo.. Sebenarnya dari awal pagi kitorang kuar homestay dah minta ngan Gangga singgahla mana-mana kedai makan tuk sarapan, mungkin takde tempat sesuai kot dia nak singgahkan kitorang so akhirnya kat food court pasar ni juga kitorang mengalas perut sebelum menikmati juadah yang sebenar lunch time nanti... Telan je la daripada takde kan, cuma dinasihatkan kalau boleh korang cari la tempat makan lain, emmm nasib ada jeruk ais (air limau sejuk) tuk menghilangkan dahaga...

Banyak je gerai makan kat tepi jalan tu, tapi tuk faktor keselamatan 'perut' dan kesihatan tubuh badan, ai sanggup tahan lapar, bukan berlagak nak makan kat tempat 'high class', tapi tak nak kejadian di Bandung berulang lagi... Sesiapa pun mesti tak selesa kalau perut meragamkan, dah lah kat tempat orang, tak pasal-pasal rosak mood bercuti...


Antara souviner yang dibeli, terpaksa beringat bila nak beli, mengenangkan takut berat lunggage terlebih nanti...


1250pm... Lunch time...


Sesiapa suka makan pedas tu, bolehlah makan kat Warung Spesial Sambal ni... Emm tapi member sorang yang suka gila makan pedas tu, sambal kat sini tak capai lagi tahap piawaian kepedasannya, bagi yang tak tahan pedas pula, cukuplah cuit sikit-sikit je sambaltu, jangan cakap akak tak warning, hihi...


Eh ada juga, teringat sebuah restoran kat Krabi... "We don't have wifi, please talk to each other"


1510pm tiba di Bukit Mojo selepas perjalanan memakan masa selama sejam... Menghabiskan sisa-sisa masa yang ada di Jogja....






Fuhh panas lit lit, kalau dari hari pertama kitorang sampai kat Jogja, merasa cuaca tak menentu asyik hujan je, hari keempat ni alhamdulillah tak hujan melancarkan pergerakan kami, tapi rasalah nikmat panas tu, huhuhu panas dunia...


1730pm... Elok sangatlah makan aiskrim time cuaca panas menyengat ni... Hah kat sinilah tempat makan eskrem yang pemes ituuu... Tempo Gelato... Tu baru separuh gambar perisa yang da kat sini, puas hati sedap kot...



Kalau ada kesempatan dan banyak lagi masa, rasanya hari-hari nak duduk lepak kat sini, hihihi kononla sembang je lebih, bila angka kat penimbang berat naik sikit dah mula risau, cehhh.... 😜🤣

Sebelum kembali ke homestay, kitorang decide singgah drive thru mc d, bekalan tuk dinner...

Persinggahan terakhir yang wajib dan for the last time tuk trip kali ni adalah Indomaret, sesungguhnya kalau korang dah tak tau nak bawa ole-ole apa balik Malaysia, korang pegilah Indomaret, kompom ada je yang rasa nak beli, hehehe ai tak sangatlah coz saya bukan 'kaki makan' (mostly beli makanan) tapi my fellow friend memang suka gila berbelanja kat sini, ngeee...

1915pm dah terpacak kat homestay, packing time, huhuhu esok nak balik.. 

Kos perbelanjaan pada hari keempat: 

Makan : RP 201k (RM 57)
Entrance fee : RP 2,500 (RM 0.80)
Bakpia : RP 150k (RM 42)
Batik : RP 260k (RM 73)
Souvenir : RP 360k (RM 101)

Total : RP 973,500 (RM 274)

Cukup untuk hari ini... Adios...




No comments:

Post a Comment