17 September 2015 (Thursday)
Today is our last day in HCM City...
Bergambar kenangan kat depan hotel yang kami stay....
Menu pagi ni nasi goreng kampung + milo panas, 70,000 vnd (RM 14).
Jam 0830 pagi terpacak kat Kedai Halal Amin, restoran pilihan kami dari hari pertama lagi berada di HCM. Kalau nak jimat belanja makan, kat sinilah tempatnya, antara yang murah dari restoran lain.
Oh ya, lupa nak bagitau, rata-rata pekerja kat restoran boleh speaking malay ye, korang cakap je melayu, tak payah nak berbelit lidah speaking london. Sama juga ngan peniaga-peniaga kat sana, dah jadi bahasa rojak dah english + malay bercampur baur.
Last minit shoping... Tapi sebelumtu balik hotel, kemas semua barang sebelum kami tinggalkan kat lobi hotel & check out.
Kami kembali ke Kedai Rohani yang ada kami singgah semalam, my sis ada misi kat situ, kitorang yang lain tercongok duduk tunggu urusannya selesai.
Pergi ke Ben Than Market pula...
My sis tengah bargain ngan taukeh ni, dia tengah pegang prada lace tu... Pandailah taukeh ni nak menarik customer, cakap Malaysian muslim, Allahuakbar, aku cinta padamu lah, kakak cantiklah, blablabla....
Settle kat sini, pergi pula Saigon Square...
Orang lain yang cari barang, aku pula yang terbeli tracksuit sama cam aku beli semalam, cuma warna lain. Memandangkan usd aku ada berbaki lagi, bolehlah aku membuat pelaburan kat kedai tu. Price 7usd (RM 29.76)...
Aku takde keinginan pun nak beli t-shirt Vietnam, gara-gara my sis menyinggah kedai runcit, aku pula terpandang colour t-shirt Hard Rock ciplak tu cam sweet je, last-last seorang satu beli t-shirt tu.
Colour sweet yang aku nampak tapi warna biru tua ni juga yang aku beli, hehehe... RM 7 je...
Dah habis tujuan nampak gayanya, sebelum kami nak ke airport, singgah menapau makanan dulu, dah sampai sana jangan kelaparan pula, takde makanan halal ye kat airport.
Tips mencari teksi, hanya gunakan teksi vinasun, teksi bermeter. Kalau teksi lain nanti driver main letak harga je pastu kena bayar mahal. Kalau lagi nak selamat, boleh minta hotel panggilkan teksi, hotel cas sikit je.
Jam 1330 kami gerak ke airport dan around 20-25 minit dah sampai airport. Tambang teksi 130,000 vnd (RM 26), seorang hanya RM 5.20. Ingat tu rate airport transfer, jangan ada yang datang HCM kena tipu ngan driver teksi.
Duduk dekat ngan tiang, flight kitorang lama lagi...
Dah checkin & masuk gate...
Alahai... Tengoklah dua beradik tu tengah main henpon besaq. Ada internet ye benda tu, bowsan punya pasal, pasang youtube tengok upin ipin... Orang tengok je kami kerjakan benda tu, dorang pun join sekali tengok upin ipin, hihihi.....
Babai HCM City... Basi duk airport, flight delay sehingga jam 2225, tapi pandai pihak airline buat kitorang tak bosan, 3 kali tukar gate, dari gate 19 ke 14 dan akhirnya 18, uhuk uhuk....
Sebagai tatapan terakhir, keesokan harinya (18 September 2015 / Friday) pulang ke pangkal jalan. Hanya aku & Rina menaiki MAS, wahh bukan selalu dapat tengok movie camni, dapat dikira berapa kali seumur hidup dapat naik MAS. Tengok movie Pilot Cafe gitu...
Hidangan supper kami, mengharapkan set dinner sebenarnya, muahehehe....
Berakhir sudah percutianku... Percutian terakhir untuk tahun ni, setakat ni lah, hihihi rasanya memang takde dah cuti-cuti Malaysia untuk tahun ni...
In Shaa Allah, nantikan pengembaraan ku seterusnya tahun hadapan.... ؛-* :-* ؛-*
Wassalam...
Salam. Nak tanya. Ok tak Hotel Moc Huong nie? Location/Condition wise.
ReplyDeleteMemang dekat dengan Ben Thanh Market eh?
Saya akan ke HCMC early Feb nie. Dah booked 2rooms thru Booking.com
Salam.. Sory lma tk jenguk blog, huhu besarang... Dh pegi ke HCM?? Klu dh gi mst dh tau condition hotel ni, klu lum lg, hotel ni ok ssuai ngn bajet, pekeja hotel pn bnyk m'bntu, dekat je ngn bentanh mrket, restotn mknn halal pn senang cri...
ReplyDelete