Wednesday, 23 September 2015

Ho Chi Minh, Vietnam - Day 1 (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim....

Salam & Hi semua...

Sebelum aku lupa story-mory kat HCM, jadi aku rajinkanlah diri tuk buat entri ni, inipun setelah aku settlekan kerja di opis yang tertangguh sebelum aku travel hari tu...

Alkisah 5 buddies traveller dari KK terbang ke KL sehari awal pada 12 September 2015 (Saturday) sebelum meneruskan pengembaraan ke HCM City keesokan harinya... Yaiy cam dramatik sangat, kihkihkih....

13 September 2015 (Sunday)

Yahuu kami sampai di Tan Son Nhat International Airport setelah flight delay selama 45 minit... Flight always delaylah sekarang, cuaca tak menentu, rain... haze....

Kitorang menaiki teksi airport tuk ke hotel, tak nak tertipu dengan driver teksi so adalah lagi selamat amik je teksi airport mengikut kadar bayaran yang dah ditetapkan. Dah banyak kes tourist tertipu oleh driver teksi kat HCM, lagi bagus bayar lebih sikit jika menggunakan teksi airport, daripada tertipu lebih banyak menggunakan ntahpapa teksi yang lain.


Teksi seperti gambar di atas cukup untuk kami berlima, dengan bayaran tambang 220,000 vnd (RM 44) mengikut kadar tukaran wang awal september lepas 0.20, bahagi pula dengan 5 person, so seorang hanya RM 8.80.

Bayangkan kalau pergi berenam @ bertujuh, lagi murahlah nak bayarkan. Driver teksi kitorang amoi okeh, deabakk!! Tu rrr kat dalam gambar tuh, sempat tanya umur dia 24 tahun kalau tak silap. Ingatkan dia jaga-jaga tiket teksi, sekali zupp dia masuk kereta duk tempat driver.


Lorong menuju ke hotel yang kami stay, dah macam lorong-lorong gelap, ekeke tak lah, selamat je lalu kat sini... Nampak tu Moc Huong Hotel... Kitorang memang sampai malam hari tu dan masa  kat vietnam adalah awal sejam dari waktu Malaysia.


Mr. Receptionist is Mr. Tuan, ejaan Tuan tapi sebutan Tung, dia sendiri yang bagi spelling tu & panggilannya tung, ermm mana-mana je lah Tung.... Kitorang buat online booked kat agoda, sila lihat entri sebelum ni tuk kos penginapan ;-)

Masa ni juga kitorang terus amik pakej ke Mekong River & Cu Chi Tunnel. Memandangkan kitorang sampai malam, tak de masa nak mencari pakej kat luar, kami hanya servay-servay harga melalui pembacaan blog, rasanya harga pakej adalah munasabah so we just taked it.


Bilik untuk beradu, berehat, mandi, bla bla bla...

Cerita malamni tak abis di sini, malam masih muda, sebagai terapi minda & mata yang mujarab tuk para wanita, hehehe apa lagi round night market la, tengok-tengok je dulu, nak servay-servay kononnya.... ;-p


Tu dia nak tunjuk pembelian pertama ku, seluar yang ku pakai dengan harga RM 9, kalau dah sampai Malaysia harga dalam RM 15 kot. Posing kat lobi hotel....

Setakat itu sahaja pada malam ini, jam 2345 balik bilik, sok nak jenjalan kann....

14 September 2015 (Monday)


Wah gittew, group pertama yang naik bas, bas ni akan round pick up semua yang dah booked tuk join trip ke Mekong River. Dia round pick up semua pun dah jam 0840, baru lah gerak ke destinasi.


Ingat dorang straight to the point ke, bas akan singgah ke Handicapped Handicrafts dulu, opss sorry kat dalam no camera no photography, tak dapat nak tunjuk gambar-gambar yang dorang buat daripada kulit telur, sungguh kreatif.

Pesanan penaja, tak payah beli apa-apa kat sini, jangan ingat beli terus kat kilang dapat harga murah, bagus gi beli kat pasar malam boleh tawar-menawar lagi, benda yang sama juga, kualiti yang sama.

Tak amik masa yang lama kat sini, jam 0950 meneruskan perjalanan...

Jam 1155 tiba di jeti... Nak 2 jam juga perjalanan ke Mekong River ni dan boleh lebih dari itu, bergantung dengan keadaan trafik....


Sebelum menaiki bot singgah dulu ke rest room dannnn sempat lagi menyoping topi, tak paham betullah aku ni, gi Krabi ari tu beli juga topi, kat sini pun sebok juga beli lagi. Harga topi 80,000 vnd (RM 16), setakat tu je lah kitorang dapat tawar.


Dah sampai Mekong River baru tunjuk muka our tour guide yang duk potpetpotpet dari dalam bas lagi, sekarang kat dalam bot pun kitorang tadah je lah telinga dengar penerangan dari Mr. Tour Guide ni. Sekejap aku faham apa dia cakap, jap lagi tak faham, kompom kalau korang dengar pun bingung sekejap, pelat lidah Vietnam tu tak boleh hilang.


Akhirnya merasa juga menyusuri Sungai Mekong, sungai yang terpanjang di asia tenggara, kat sekolah dulu ada belajar dalam sabjek geografi kan, hehe....

Apa agaknya aktiviti kitorang kat sini?

Bersambung next entri....



















1 comment:

  1. Ok ke location Moc Huong hotel nie eh? Plan nak pergi awal Feb nie.
    Maybe kitaorg naik bas je dari airport, so nak taw jarak menapak dari Ben Thanh ke hotel nie... Tenkiu!

    ReplyDelete