Sunday, 15 February 2015

Korea - Day 4

05 Februari 2015 (Thursday)

Today is Everland day...


Tu dia rombongan Cik Kiah....

Jam 0845 bergerak dari guesthouse. Tak sangka tempat-tempat yang kitorang nak pegi jauh-jauh rupanya. Cam dah bis round 1 Seoul pula.

Sempat singgah beli muffler kat kedai-kedai yang ada kat bawah tanah tu, hehe bawah tanah tu tempat menaiki subway..... Amik kesempatan sementara yang lain nak ke tandas. Terpandang harga 5000 won (RM 15), nak lah grab.


Kan dah pakai muffler baru, muahehehe....


Dah naik subway, naik bas pula, tu pun tak terus sampai, kena naik shuttle bus lagi, barulah tiba di destinasi. Rasanya dah cukup awal kami gerak dari guesthouse, jam 1100 baru terpacak kat Everland, huuhaa....


Time to enjoy!!!


Nampak budak-budak sekolah berkumpul kat depan pintu masuk, comel-comel, geram tengok dorang. Dorang akan begerak secara beratur sambil pegang tangan berdua-dua.


What a beautiful place....

Universal Studio Singapore dah pegi, Trans Studio Bandung dah pegi, sesungguhnya Everland adalah yang terbesar setakat ni.


Tempat pertama yang kami singgah, 3d show ala-ala konsert gitu dari kumpulan remaja perempuan 'k-girl' yang aku memang tak kenal, tanya Cik Ekin mesti kenal, ntah tak ingat nama grupnya.


Seminggu sebelum bercuti aku tengok cerita Rio ni, petanda tuk aku tengok 4d pula kat sini, muahehe....


Mystery Mansion katanya, main tembak-tembak, yeye markah aku paling tinggi, @__@ .... Kenapalah tak amik gambar markahtu.


Daebak!! Teruja tengok haiwan yang besar-besar giler, cam tak berapa nak besar dalam gambar ni, tapi bila dah depan mata, wow besaqnyaaa.... Kalau nak tengok, singgahla di Safari World....



Bila masa pula kami naik cable car bersama ni.... Pastu terpisah balik ngan kak Nurul & anaknya.

Mana yang boleh aku masuk, aku masuk, tapiiii jangan harap aku nak main permainan yang boleh menggugurkan jantung, masa muda-muda dulu bolehlah, eh dah tua kah sekarang, kuikuikui.... Ada area-area yang tutup disebabkan musim winter, termasuk roller coaster yang very the killer tracknya. Nampak tak track kayu kat belakang tu....


Lunch time...


Yang ni je lah boleh makan, shrimp burger set, 6900 won (RM 21).

Layan show....


Ingatkan persembahan circus, tak pun persembahan madagascar, rupanya persembahan tarian ngan mascot-mascot, kiranya ada jalan cerita tapi dah guna bahasa Korea so tak pastilah apa ceritanya, kuikuikui... Budak-budak sukalah, sebab banyak patung-patung.


Kalau nampak orang yang usung penyapu ngan penyedok sampah, ingatkan keja sapu sampah, rupanya dorang akan berhenti kat mana-mana jalan raya & akan melukis menggunakan air, very creative.


Hah Cik Ekin nak main sangat kan, suara dia je yang kuat menjerit, jangan marah ye Cik Ekin, ekekek....

Memasuki area Alpine Village....



Time ni Cik Ekin tak nak main, tapi atas hasutan kami, akhirnya main juga. Kitorang nak repeat main ni tapi memandangkan que yang panjang, so cukuplah merasa sekali je, bagi orang lain main pula.


Jangan lepaskan peluang merasa jagung bakar Korea, sila cuba... Di ingatkan sekali lagi, SILA CUBA!! Harga 3000 won, jangan bazirkan walau sebutir pun, RM 9 tu, kat Malaysia paling-palingpun harga RM 2.

Huhuhu rasa bersalah tak cerita true story, macam makan plastik je jagungtu, sila pangkah for jagung!! Makan strawberry ngan epalnya manis je, sedap... Corn is fail, fullstop!!


Kitorang lalu lalang asyik nampak orang naik cable car yang bertutup, jangan confius, da 2 cable car, 1 open yang kitorang dah naik, 1 lagi bertutup, yang ni lah kitorang berpusing mencari mana entrance, akhirnya jumpa. Saja nak merasa naik, cam tak pernah naik cable car je, hihihi....

Semakin masa berjalan, cuaca pun semakin sejuk....


Boleh cari benda ni tuk panaskan badan....

Perjanjian kami berkumpul kembali di pintu masuk pada jam 1800. Sebelum tu singgah di kedai souviner, tengok apa yang boleh di beli sebagai tanda kenang-kenanagan. Ermmm berfikir banyak kali nak membeli, expensive & tak bekenan sangat ngan barang-barangnya. Akhirnya, beli beg ni je lah, sekurang-kurangnya aku usung kalau nak pi keja, hehehe....


Price is 5000 won bersamaan RM 15, kalau nak beg plastik kena bayar tau 100 won (30 sen), 30 sen pun cantik daripada  plastik kat giant 20 sen cam plastik sayur, kahkahkah harus simpan ni.


Tiba-tiba ingatan aku lost kat mana next destination kami, nasib baik gambar banyak membantu, hehehe.... Cik Ekin nak ajak kitorang makan sotong bakar, tapi ada permintaan nak ke Hard Rock Cafe Seoul, so teruskan misi, lagipun itinerary hari ni hanya Everland je.


Hard Rock Cafe Seoul yang terletak di Lotte World Mall. Takde apa yang aku beli bila melihat harganya bukan ditahap budgetku, hihihi boleh je kalau aku nak tapi tak nak membazir. Nasib baik aku bukan penggemar barang-barang Hard Rock.


Tak jadi makan sotong bakar, kami makan roti besar ni, sesungguhnya aku kenyang makan roti ni. Harganya 5500 won (RM 16.50).

Settle hari ke empat, jom balik, rest, tido....

Perbelanjaan hari ke empat =
Pakaian : 5000 won (RM 15)
Makanan : 15,400 won (RM 46)
Souviner : 5100 won (RM 15.50)
Total : 25,500 won (RM 76.50)






No comments:

Post a Comment