Assalamualaikum & Hi semua....
Tarik nafas panjang-panjang, aku betul-betul memerlukan kerajinan yang sangat tinggi untuk memulakan story mory trip Korea ni, sesungguhnya akan terperap lama coz kebanyakkan gambar-gambar berada di kamera my travel partner, so tunggulah sehingga gambar bertukar tangan dan aku pun kena memilih gambar yang sesuai untuk dikongsi, huhuhu.....
Oh ya, aku nak pesan awal-awal juga, aku tak dapat cerita secara detail tentang trip ni, aku cerita apa yang aku ingat je la ye, coz bila dah bejalan & letih, aku dah malas amik peduli sangat keadaan sekeliling, huhuhu.... Joesonghamnida...
02 Februari 2015 (Monday)
Flight take off 0800am from KLIA2, wah first time nek Airasia X, flight besar gitu, tapi seat tetap sama je ngan flight biasa, takde lebihnya keluasan & keselesaan tempat duduk, kecuali booked business class @ hot seat...
Isi arrival card & custom declaration....
Makan nasi lemak pak naser... Tak tau pula kalau flight Airasia X dapat minuman kotak, mineral water botol comel ngan kek tu, order online kalau nak dapat set cam ni tau.....
6 jam flight nak gi Korea, bosan juga, dah tengok movie, ngantuk pula, nak tido, mata tak nak lelap sangat, ermmmm Korea tak sabar menunggu ketibaanku, ekekeke....
1500 waktu Korea flight touch down, oh ya Korea lewat sejam dari Malaysia, alhamdulillah.... Kalau orang bising KLIA2 tu besar, luas, penat berjalan, sesungguhnya airport Incheon, Seoul lagilah besar....
Muka lega akhirnya selamat tiba....
Selesai immigration checking, mesin yang bercakap okeh, Immigration Officer tak payah susah-susah buka mulut, ikut je arahan mesin tu... Mungkin orang lain tak amik kisah sangat tentang tu, opkos aku kesah coz memang keja aku dulu masa duk checkpoint, 6 tahun setengah kot, bebuih mulut nak becakap kat konte, huhu.... Tak bolehla nak bandingkan ngan negara maju kannn....
Amik luggage pula, settle semua.... So bertemu la kami ngan tour guide & grup lain yang join trip ni...
Our journey will begin.... Kami berlima, Safura, Syeren, aku, Ryna & Kak D, da lagi 2 orang ni, dorang dah sampai awal....
Sedar tak sedar 1645 baru kitorang gerak ke guesthouse dengan menaiki subway, bermulalah perjalanan hidup selama 6 hari seperti orang Korea. Pakai jaket hijau tu lah our tour guide, Cik Kinna yang sangat freindly.... Buruk bebenor senyuman ku itu, buwekk :-p...
My T Money, simpan sebagai kenangan, pas ni nak datang boleh guna lagi.... Hehehe datang lagika???!! Hahaha
Perjalanan selama sejam, akhirnya sampai ke destinasi... Jongnowon Hostel...
Ni je gambar dalam bilik yang sempat amik, bilik bertiga, time ni kami baru cek in, tapi dah nak kuar balik. Abaikan barang yang bersepah, hehehe.... Bilik agak sempit tapi cukuplah untuk kami berehat dan tidur selepas penat berjalan, tv n peti ais tetap ada coz bilik tuk yang 2 orang lagi tu takde peti ais pula, huhu... But jangan risau kitchen ada untuk kegunaan semua penghuni guesthouse, bolehlah dorang nak simpan apa-apa dalam peti ais tu.
So apalagi.... Mendapat arahan dari our tour guide 1830 berkumpul kat kitchen, kat sanalah tempat perjumpaan kami setiap pagi. Destinasi kami seterusnya adalah Namsan Tower....
Amik kau sejuknyaaa, pastu kena naik bukit lagi, bas tak boleh sampai atas sangat, kompom hari pertama aku dah sakit kaki, huhu....
Tak nak buang masa, kami masuk trick eye museum dulu, tak berkesempatan nak pegi yang kat Hongdae, itinerary kena ubah sikit mengikut kesesuaian diatas sebab-sebab tertentu, hehehe....
Ok stop, just a few pictures dapat share, beyane....
Takdela besar mana tempatni, tapi ok la tu, lagipun kami memang kejar masa....
Naik ke atas pula....
Tetap mencari nama negara sendiri, hehe....
Turun bawah gi tempat kunci-kunci cinta tu, yang ni selalu tengok kat drama korea je, akhirnya aku menjejakkan kaki ke sini juga.... Kalau nak tau, gara-gara drama Korea la aku tergerak hati nak ke Korea...
Dah cukuplah tu snap snap pic, kami ada 1 lagi destinasi yang ingin dituju, Itaewon....
Makan malam pertama ku di Korea...
Korean food... Jangan tanya nama makanan ini, aku tak nak memeningkan fikiran untuk mengingat apa namanya, yang penting masuk dalam perut, muahehe.... Seperti biasa, restoran kat Korea akan bagi minuman free, air suam @ sejuk je la, hehehe.... Ngan side dishes yang boleh tambah seberapa banyak yang kita nak. Apa yang boleh ku katakan, aku boleh je terima makanan korea, sebab ada terbaca kat blog-blog yang tak ngam ngan anak tekak nak makan makanan korea ni....
Dah sedia maklum makanan tak termasuk dalam pakej (sesiapa yang tak maklum kena baca entri sebelumni), so dinner malam ni 9500won sorang lebih kurang bersamaan RM30, nampak tak makanan halal kat sana mahal okeh, bertabahlah wahai pelancong muslim, lagi pun memang nilai mata wang dorang tinggikan.
Inilah restorannya, sapa gi Korea bolehla try makan kat restoran ni.....
Kalau sebut Itaewon, mesti nak pegi Masjid Itaewon, so pas makan, kami berjalan lagi tuk sampai ke masjid tu, tak la jauh sangat pun, cuma kena meredah bukit. Hari dah gelap, tuk mencukupkan syarat, amik gambar masjid tu je la. Janji sampai ye, hahaha.....
Aku pun dah tak tengok jam, entah jam berapa kami menuju balik ke guesthouse, masa untuk merehatkan diri sebagai bekalan tenaga keesokan hari pula.
Yess story mory day 1 akhirnya selesai tanpa bersambung ke lain part. To be continue for day 2....
Ajaa fighting!!!
Perbelanjaan hari pertama =
Makan : 9500won (RM30)
No comments:
Post a Comment