Assalamualaikum W.B.T.... Bonjour!
Jemput singgah to my blog yang bagaikan hidup segan, mati tak mahu π
Miss Azila ke mana pula kali ni...
15 October 2024 (Tuesday)
Giliran Marlin dan Patricia pula bercuti ngan Me and Cik Riena, 2023 kitorang healing kat lautan, kali ni kami ke 'French' π
This is Colmar Tropicale yang berada di Bukit Tinggi, masih kat Malaysia...
How did we get here?
Kami menaiki bas daripada Berjaya Times Square jam 10 pagi, pergi dan balik dengan bayaran RM60 seorang. Booked awal agar percutian anda berjalan dengan lancar. Terpulang memasing kalau nak drive sendiri pun lagi baik, suka hati nak 'edjas' masa sendiri...
Masa kami sampai tu lebih kurang nak jam 11 dah, driver bagitau kalau nak ke Japanese Village, shuttle bus akan begerak pada jam 12.
Shuttle bus yang bagaikan nak melihat haiwan kat safari...
Ingatkan sampai je terus terpacak Japanese Village depan mata, kena mendaki 88 anak tangga pula, dengan ditemani hujan yang mencurah-curah, mujur dah tak lebat sangat π
Eh tak sampai lagi, kena menapak sikit lagi ke depan... Tapi tidak berakhir di situ π Rupa-rupanya kena masuk lagi ke dalam hutan...
Welcome to the world's first Japanese Tea House in The Tropical Forest... Kami ni ikut cakap 'dreba', katanya jam 1 shuttle bus akan gerak turun, jadi kau rasa tinggal berbaki beberapa minit manalah cukup masa nak menjelajah ke dalam hutan tu. Punahlah harapan kami yang berangan-angan nak melaram dengan kimono π
Sementara menunggu shuttle bus tiba, bergambar kenangan kat sini je lah...
Ada rezeki datang lagi, sampaikan hajat nak pakai kimono π€ Shuttle bus ni rasanya setiap jam gerak, tapi kami jujur sangat ikut cakap driver, tapi takpelah, cuacapun tak mengizinkan sangat...
Masa turun, ternampak Advanture Park, best juga kalau nak main flying fox (agaknya kat sinilah tempatnya), walau bagaimanapun keadaan kami tidak mengizinkin pada ketika itu...
Sekembalinya kami di perkampungan French, makan dulu. Kawasannya tak besar, so pilihan restoran pun tak banyak, makanlah apa yang ada, bismillah...
Sesi wajib merakam kenangan setelah kenyang, train tu begerak kot kalau nak naik, bayaran tak pasti...
Bas comel tu pun boleh naik, kenalah bayar juga, maaf Me langsung tak main permainan kat sini, so tak tau berapa bayarannya...
Nak best sikit boleh main 3D ni...
Nak ekstrem lagi, mainlah yang 6D ni...
Permainan tuk kanak-kanak pun ada...
Sebahagian bilik-bilik penginapan yang ada kat sini... Kalau rasa teringin nak lari dari kesibukan kota, bolehlah menginap di sini...Pasangan yang nak honeymoon sesuai sangat π
Di penghujung...
Tanda kenangan π₯°
On Se Reverra π
Adios ππ» (Spanish tiberr π)