Sunday, 17 March 2019

The Peak of Hope, Tuaran



Assalamualaikum w.b.t...
Hi uols... Pantang ada masa free, merayap lagi sis...


Park kereta kat tepi-tepi jalan raya ni, tunggulah kereta 4wd yang disediakan untuk naik ke atas, ai pergi ni weekend so ramailah pengunjung, yang menjadi masalahnya kenderaan untuk naik ke atas hanya sebuah ja, memandangkan yang lain rosak ke apa ntah, seksa juga menunggu turn nak naik tu, dah lah takde nombor giliran,cepat-cepat je lah berebut bila dah nampak 4wd tu sampai...

Sangat tidak digalakkan membawa kenderaan sendiri untuk naik ke atas, lebih-lebih lagi kenderaan yang kecik-kecik kiut-miut... Bila dah sampai atas, kaunter tiket pun tak ada, keluar je dari pintu kereta, staff dah menunggu tuk kutip duit... Bayaran masuk RM20 seorang, rate sama je la kot tak kira local or non-local, budak ke dewasa... Ermm rasa nak bagi cadangan je, buatlah kaunter tiket, kat bawah pun at least adalah seorang staff jaga tuk giliran menaiki 4wd... Nama dah The Peak of Hope, so i hope they can improve the service... (dimaafkan, tempat masih baru lagi, lelama nanti complete la semua..)

Apa-apapun, enjoy the view...











Nampak cam tak de orang lainkan, ai seorang je sanggup berjemur tengah panas matahari tegak atas kepala, wakahkahkah...

 







Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah menaiki ATV, sis eksyen je duduk tu, mainnya tak...




Tak siap lagi ni, cukuplah ada papan untuk berpijak...

Setakat sampai di sini je aku round, nampak kat belakang sis tu masih lagi dalam pembinaan, so sis tak jalan sampai ke hujung...



Patah balik ke pangkal jalan... Tu rrr orang tengah main paragliding, salah satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan kat sini...




Dah lawat kawasan, jom balik, daaa...