Wednesday, 5 July 2017

Hong Kong - Last Day


Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t.... Hi semua....
Selamat menyambut aidilfitri di bulan Syawal yang mulia ini....
Parah sangat dah ni, sebulan sekali update blog, muahehehe.... 


03 April 2017 (Monday), last day di bumi Hong kong....
Nampak tak, nak masuk tiga bulan berlalu trip ke Hong Kong..


09.15 am menuju ke Garden of Star...
Ini adalah acara mengisi masa lapang, memandangkan flight balik ke KK malam, so penuhkanlah masa yang ada menikmati pemandangan kota Hong Kong dan menghirup udara kota Hong Kong... Kami hanya pergi berenam, grup Cik Rema and family buat aktiviti memasing... Nampak cuaca panas terik, tapi sebenarnya angin yang bertiup rasa macam kat dalam ekon, sejuk uolls, takdelah bepeluh jalan tu... ;-)

Avenue of Stars kat sebelah taman ni je, tapi sedia maklum, sekarang tengah renovation so just round-round taman je la...

 Langsung takde gaya director, muahahaha...

I is lucu sebenarnya tengok gambar yang kat atas tu, berapa kali kitorang snap pic kat sini, memang gelak tak berhenti, adalah aksi-aksi bengong terkeluar sebenarnya, wakahkah...
  

Antara telapak tangan artis terkenal Hong Kong...



Cumilkan jari-jari Miss Rina... Ekekeke Mmmuaahhh hahahhaha


Dari takde apa sangat kat temapt ni, sampai juga sejam kitorang kat sini... 10.25 am gerak balik ke apartment...


 Kira pantas juga lah kitorang sampai apartment, final touch berkemas dan menuju ke perhentian bas...


11.55 am barulah bas yang di tunggu tiba, jangan main naik je bas yang lalu ye, bas yang sama juga semasa tiba dari airport tempoh hari, nombor bas A21...


Kalau menaiki AirAsia je, terus ke Terminal 2...


Actually, cheh ispeking kunun... Kitorang ke Apot awal-awal ni dengan harapan boleh lunch kat sini, coz dapat dikesan sebuah restoran halal terdapat di Apot ni, lagipun tengahari memang dah kena check out apartment... Miss direktori, ekekek...

Jumpa kedudukan restoran yang dicari, tapiii masalahnya berada di dalam gate, kalau kat dalam gate maknanya kita mesti check in, mana mungkin kitorang check in awal memandangkan flight adalah malam, aisshhh spoil... Kitorang bincang punya bincang, siap utarakan lagi kemusykilan kami di information counter, penyelesaiannya belapar lah dulu tengahari tu... TT____TT

Bagi traveller backpaker or so on, ini adalah antara perkara biasa yang bakal dihadapi... Tidak semestinya percutian kita akan jadi perfect, pasti akan ada cacat celanya... Dan itu adalah pengalaman yang berharga, walau macamana sekali pun pengalaman tu, aku bersyukur dapat merasai menimakti diberi peluang mengembara di bumi Allah yang luas ini, Alhamdulillah.... Hihihi mulalah aku nak bermadah berhelah....


 Okailah, akhirnya kitorang pegi redeem kad octopus, korang carilah kaunter Train Ticket to The City tuk redeem duit korang balik...

Tanya punya tanya, flight AirAsia ke KK tuk malamni hanya boleh check in pada jam 4.00 petang, uwaa lama lagi, kalau perut kenyang takpe la...


Akhirnya kami decide pergi ke City of Gate, yang dari hari pertama lagi macam nak pegi tapi tak pegi-pegi juga, hihi... Aishh tengah menaip ni baru i teringat nak cari mana pic kat City of Gate, Miss Rina awat takde gambar kat pintu masuk City of Gate dalam gallery photo ni, awak lupa bagi saya ye , atau awak dah delete, haha gurauu... :-p

Pergi berempat dan Cik Nita and mom tunggu kat Apot je, i just nak tengok tempat dan dah alang-alang kat Hong Kong apa salahnya pegi je... Lagipun teringat Teacher Nonong asyik ingatkan jangan tak singgah tempat ni, kiranya antara tempat yang wajib dikunjungi.... Masa ni kitorang kira-kira duit syiling supaya cukup-cukup tuk bayar tambang bas memandangkan kad octopus dah redeem tadi, lagipun harus diingat bahawa diorang tak bagi balance duit ye so rugilah kalau korang takde duit benilai kecik....

14.00 pm menuju ke City of Gate dan perjalanan mengambil masa selama 30 minit dari apot, seperti biasa jangan salah naik bas, korang harus pandai tengok peta dan direktori, siap ada harga tambang lagi kalau nak menuju ke mana-mana destinasi, memudahkan bagi penumpang prepare apa-apa yang patutla...

Takde hasil kat City of Gate, tempat ni ala-ala JPO, sama juga harga mahal kat sini walaupun dah sale, shopping kat Malaysia je pun takpe kot... Dengan harapan juga, kat sini ada restoran halal, tapi malangnya memang takde... huh! Worait 15.50pm kitorang menuju balik ke Apot, stesen bas dekat sana juga, naik nombor bas yang sama juga k, I lupa nombor bas berapa, hehehe...


Yess jam menunjukkan jam 16.10pm, dah boleh check in, ni yang ditunggu-tunggu sebenarnya... I ni boleh tahan lagi, cian yang lain dah lemah longlai perut dah berirama lagu sedihh, uhuk uhuk...

Jumpa je Miss Nita and mom, nampak dorang ngan kotak-kotak makanan, i pun teruja nak pegi beli sebagai backup tuk mengisi ruang-ruang perut yang banyak kosong... Syukur jumpa makanan yang bertanda Halal, made in Taiwan...

Hah ni lagi satu hal, gate kitorang ngan Restoran Popeyes restoran yang halal itu adalah amat jauh, apabila menaiki train, train hanya berhenti di tengah-tengah dan kita harus berjalan kaki untuk sampai ke destinasi yang dituju...

 Habis tu korang pikir yang lain laratkah nak jalan, opkos dua beradik ni juga yang menawarkan perkhidmatan membeli makanan buat memenuhi mengisi keperluan tubuh badan untuk semua... Bukan nak sembang lebihlah, dari hari pertama lagi dua beradik ni tenaga ada berlebihan sikit dari yang lain, bahahaha  bukan main tahan lasak lagi kononnnya... (okeh i sengaja angkut bakul sendiri, ngeee)


Nampak tu jauh tak jauh nak berjalan.... I tak dapat jog behari-hari, i eksesais je kat sini...


Anduu yang beratur barisan last sekali tu... Hanya ini lah Restoran Halal yang terdapat di Airport Hong Kong setakat ni, tak tau lah masa akan datang kalau dorang wujudkan restoran halal yang lain dan lagi bagus ada kat luar gate...


Menu yang terdapat di Restoran Popoyes, ni nak amik order dari yang lain masa ni... Rezeki untuk hari ni dan makanan dalam flight pun menanti juga....

Maka berakhirla trip si Az Zil La ke Hong Kong.... Next ke mana pula, sampai sekarang belum ada kata putus, muahehehe... So tungguuu... ;-*

Akhirul Kalam, Salam Lebaran....
Wasalam...