Saturday, 29 April 2017

Hong Kong - Day 2

Assalamualaikum w.b.t....
Hi uolls...

Memandangkan aku malas nak perah otak cerita panjang berjela, aku sajikan je lah dengan gambar-gambar kenangan sewaktu berlibur di Disneyland tempoh hari...

01 April 2017 (Saturday)

Jam 08.30am kami keluar rumah dan gerak ke Stesen MRT...

Adat janji melayu memang macam ni lah, memang tak akan on time.... Sementara menunggu yang lain tak muncul-muncul, baru terperasan pula ada budak-budak comel tengah minta derma untuk apa entah, cek-cek dompet ada duit syiling Hong Kong Dolar, jadi semua pun sibuklah bermurah hati nak menderma kononnya...

09.20 oclock.... Akhirnya muncul juga yang lain, lebih setengah jam menunggu tu... Jom mulakan perjalanan, selepas tiga kali tukar train, 09.55am sampai kat Disneyland, tak jauh kan, lebih kurang setengah jam je...

Apa-apapun redeem tiket dulu, scan je bar code kat tiket yang dah di print, senangkan kalau dah beli tiket online ni, jimat masa, tak payah beratur panjang... Mesin-mesin yang disediakan pun banyak, memang tak berebut.... Self service ye....
Kat mana dulu nak pegi ni...

Nak tengok Lion Show katanya, TT____TT sedey...Temporary close, uhuk uhuk...


Tak pe lah, tak dapat tengok Lion Show, kitorang naik River Cruise pula, ni tengah beratur...




 Apa lagi, round je lah tempat yang luas ni...

Makan time, seperti yang sedia maklum, no food from outside, hanya terdapat 2 restoran halal kat dalam Disneyland ni, memandangkan Restaurant Tahitian Terrace temporary close, so pilihan satu-satunya yang ada The Explorer's Club Restaurant.

Oh ya, kitorang beli combo tiket Disneyland with meal, ada jimat sedikitlah kalau beli combo tiket ni, coz kalau beli makanan asing pun, tengoklah harga makanan kat atas tu, owh gambar kurang jelas, HKD 139 satu set makanan bersamaan RM 70+++, tu baru nasi goreng, nasi ayam, ada lagi menu lain, tapi harga sama macam tu juga....

Yakin ni baru lepas makan terus nak naik roller coster, wakahkah begitu lama dah aku tinggalkan aktiviti ni, masa muda-muda dulu memang eksaited main semua benda-benda nih, eh sekarang masih muda juga, ngeee... Bila usia semakin matang (buwekk ayatt!!), kepala ni senang biul sikit , ku jauhkan semua aktiviti membiulkan itu, kihkihkih... Kat Sunway Lagoon ngan Genting Highland dulu teruja nak main semua, kat USS i main roller coster tuk budak-budak je, hahaha... Kat Trans Studio Bandung taubat langsung tak main apa-apa...  

 Mana entah gambar roller coster, tak jumpa dalam gallery phone... Kus semangat, naseb baik tak keluar balik makanan yang dimakan, time turun tu boleh lagi gelak-gelak, maknanya aku dah boleh menceburi kembali aktiviti seperti ini, iye la tu Cik Zillah oii.. :-P

Nak pula kitorang beratur tuk ambik gambar ngan that guy, yang lain-lain tu, just tengok dan lalu je...

 Persembahan ni ada masa-masanya, ini show sebelah petang, don't miss it....

 Teringin nak masuk dalam, tapi bila tengok waiting time nak sejam, emm baik tak payah la...
Kedai dah depan mata, singgah beli souvenir dulu... Reminder, jangan ambik tau berapa jumlah belian korang dalam Ringgit Malaysia, buat je lah pelaburan dalam mata wang HKD tu...

Taubat i tak nak main dah, yang ada payung-payung tu boleh layan je sebenarnya, tapi malaslah, insaf sekejap, wakahkah...


 Huhuhu TT___TT... Sebenarnya nak naik train melihat pemandangan Disneyland, tapi kami dah terlewat, entah jam berapa tuh dah closed pula, train tu tak sampai malam rupanya...
Nampaknya cukup sampai di sini saja pengembaraan kami di Disneyland Resort Hong Kong.... Kalau ikutkan nak menjelajah semua tempat dan merasai semua aktiviti yang ada dalam ni, sehari memang tak cukup, itu termasuk nak kena beratur tunggu turn lagi, memang tak sempat... Takpe ada rezeki kita datang lagi, hahaha kalau buat ayat tu bukan main yakin lagi, ekekek...

Tak boleh ikut nafsu sendiri je, mesti ikut suara majoriti, kalau yang lain nak balik dah, so tak payah tunggu fireworks sebelah malam tu, marilah kita balik ke pangkal jalan... At 18.45pm gud bai Disneyland Hong Kong...Ada rezeki datang lagi, amiinnn....

08.00pm... Malam tu family Cik Rema ajak makan kat luar je, dinner kat Miss India Restaurant... Tu je pic yang sempat aku snap, lupa nak gambar menu yang ada, ingat-ingat lupa dah harga makanan... Restoran ni kecik je, pelanggan tak putus, kalau tengok, bukan orang muslim je makan kat sini, orang Hong Kong pun ada je makan restoran muslim ni, suka kot makanan india, hehehe....

Kitorang berlima tolak Cik Nita (Cik Nita duk apartment merehatkan diri) order 2 jenis makanan je, nasi goreng kambing ngan nasi goreng ayam, memang cukup untuk 5 orang, naseblah 1 hidangan tu memang banyak, kalau masing-masing sorang 1 nak order, kompom tak larat habiskan....

Seingat aku harga sepinggan nasi goreng tu HKD 90 lebih, nak RM 60 cam tu jugaklah, order air lagi, maknanya sekali makan korang kena budget dalam RM80 jugaklah... Hah bayangkan kalau korang tak bawak makanan siap-siap dari Malaysia, boleh out of budget tau...! E'ee yang aku membebel ni dah kenapa, hahaha...

So malam tu kami habiskan masa sekali lagi di Ladies Market.... Malam sebelum tu kan dah buat servay, jadi malam ni kita shopping...

Tak sedar masa dah menunjukkan lebih jam 11.00pm, awal lagi kalau ikutkan, tapi badan nak kena rehat, esok pagi kena gerak awal, tak nak terlepas feri, heee....

See uolls di next entri.... Daa, mmuuahh... 😁😁😁 Wassalam.... 




 

Tuesday, 25 April 2017

Hong Kong - Day 1 (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t.....
Hallo Eberibadi.....

Sambungan.... Tau atau tak story i sebelum ni, korang layan gambar je lah tuk entri ni...
16.50pm - Madame Tussauds...



Nak jumpa yang real tak de peluang, bergambar ngan patung pun jadilah.... Sebahagian patung-patung lilin yang terdapat kat sini, artis-artis antarabangsa, kerabat di raja, pemimpin-peminpin yang terkenal, vvip, ahli sukan pun ada.... Ermmm bukannya aku kenal semua pun, asal bergambar je, muahehehe...

Ok get out from this place, Miss Rina and me dah terpisah ngan yang lain, diorang dah keluar dulu....
18.00pm oclock, sedar tak sedar sejam duk menghadap patung, hahaha....

Terserempak kat eskelator ngan yang lain, diorang dah turun , my partner in crime and me baru terhegeh-hegeh naik ke Sky Terrace...

Kat atas ni boleh lah nampak pemandangan Kota Hong Kong....
Hong Kong sebuah negara yang maju, itu pendapat aku lah... Bangunan semua mencakar langit, pengangkutan awam pun sistematik, fly over kat jalan raya tu nak 3 tingkat....
Taapiii harga barang mahal!! 

Sekejap je kat atas ni, sejjuk gilerr... Nampak cam tenang je kan, padahal ku menggigill... Cukup 20 minit je kami pun turun,ada tanda-tanda hujan nak turun lagi ni, yang lain dah menunggu, sementara menunggu tu diorang shopping kat Hard Rock....

Nampak dah kepenatan terpancar di wajah masing-masing, ekeke... Jom balik rumahlah jawabnya... Walau bagaimanapun, dari airport lagi Miss Aina dah gitau nak pegi klem tiket feri, katanya tak payahla semua pegi, dia ajak yang kuat jalan je, korang rasa siapa yang dia target...

Ekekeke ni hah kakaknya yang sorang ni, walaupun  antara semua aku yang paling kecik tolak 2 budak yang bawah umur tu lah, opkos akulah pilihannya untuk menyelesaikan urusan yang belum lagi settle, jangan pandang kaki yang tak berapa kecik sangat tu, aku juga yang paling tahan berjalan, chehhh angkut bakul sendiri, siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri, muehehehe...


Ke mana  i pergi opkoslah my buddy join sekali, so kitorang pergi bertiga...
Jam 18.35pm kami bertiga meneruskan perjalanan ke Shun Tak Centre di Sheung Wan, tu rrr kaunter tiket, ketua rombongan tengah berurusan ditemani Miss Rina... Ahli group yang lain balik ke pangkal jalan, Miss Aina serahkan tugas kepada Cik Nita agar semuanya tiba ke tempat masing-masing dengan selamat....


Kenapa nak redeem tiket feri time ni pula, kan lusa nanti nak jalan juga ke Macau tu.... Kalau korang nak jalan awal pagi ke Macau, nak menaiki feri paling awal, so haruslah korang redeem tiket awal ye, kaunter tiket tak buka seawal pagi, itu pun tak tau lagi situasi pagi tu macamana, ramai orang ke tak, kann....

Yang ramai-ramai beratur ni tak tau pergi mana, kitorang salah barisan ikut beratur panjang, hahahaha.....


Ini kaunter yang betul... Just tunjuk bukti pembelian, booked via klook and again harga feri rujuk entri sebelum-sebelum... The lady bagi pilihan masa nak naik feri jam berapa, paling selamat ambiklah pergi tu awal pagi dan balik pula lewat petang, settled!!

Nak buat apa lagi, balik teruslah... Dalam fikiran nak makan, hehehe.... Sebelum keluar apartment i dah samak semua perlatan memasak dan siap-siap masak nasi, sampai rumah tinggal panaskan lauk dalam tin je, hehehe...

Hari pertama ni kami tutup tirai dengan window shoping kat Ladies Market, :-* Walaupun cuaca kurang mengizinkan, kami redah je, lagi pun tak jauh, cuma kat bawah dekat apartment kitorang stay je, nak servay-servay baranglah kononnya, besok-besok bolehlah melabur kat sini kann...

Okeylah gais, see you all at next entri.... Wassalam..

Tuesday, 18 April 2017

Hong Kong - Day 1 (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t....
Hi semua.... :-)

Peringatan mesra... Bersedialah membaca entri yang membosankan ini...


Orait, i mulakan story ngan memperkenalkan group trip holiday i kali ni...
So kepada yang bertanya ngan siapa aku holiday kat Hong Kong hari tu, tadaaa.... Inilah K.A.M.I 10 adults and 2 childrens. Kira percutian family la ni...

 31 Mac 2017 (Friday)
06.25am : BKI - HKG


Flight touch down 09.20am... Nampaktu semua berpusu-pusu menuju ke arrival hall...


Alhamdulillah selamat tiba ke tempat yang dituju, naseb baik 3 jam je perjalanan, bowsan tau dalam flight, hehe...


Lokasi toilet airport... Singgah dulu, masing-masing nak menunaikan hajat...
Toilet canteklah katakan, snap pic sekeping, ingat juga ngan teknologi canggih diorang kan...
Nak ambik tisu ada sensor ye, takdelah pembaziran tisu berlaku dan seperti biasa dalam toilet takde air, nak air ambik kat sinki, korang sedialah botol ka apa... Aishh ni tak payah cakap pun, korang tau la....


Kalau airport besar ni biasanya memang ada train tuk ke arrival hall, so jom naik train dulu, alaa bukan lama, a few minutes je... Jangan tanya siapa Mr. and Mrs. dalam gambar tu, i random je snap pic....


Dah lepas immigration checking, ambik luggage pula... Kenapa barang tak bawa je by hand, sekejap je kan pegi holiday, banyak sangat ka barang yang dibawa??? Opkos banyak, dahlah banyak, berat pula tu...

Makanan je yang memberatkan lugagge, nak hidup kat negara bukan islam, kenalah bawa bekalan makanan halal. Ada je makanan halal kat sana, tapi Ya Rabbi harga boleh tahan, nama pun percutian budget, jadi kena lah berjimat cermat ye... ;-)


Ok settle immigration checking, beg masing-masing pun dah dapat, nampak tu ketua rombongan dah start korek harta benda kat dalam beg, thehehehe.....
Tujuan seterusnya ke kaunter 'train tickets to the city', tu rrr da kat belakang tu, hehehe ringkasannya kaunter nak beli kad octopus, hihihi....
Jangan tanya harga kad octopus, sila rujuk entri sebelum, jenuh nak ulang, walaupun mood rajin sekarang ni...


Lepas tu apa pula, cari kaunter A13... Klem simkad, bukan baru nak beli ye, tinggal nak ambil je, kitorang dah beli online siap-siap via klook... Tunjuk je bukti pembelian, settled!!


11.00am... Dah selesai tukar simkad, betukar-tukar nombor telefon baru, wakahkah no fon baru, nombor oversea gitu.... Kitorang pun menuju ke Terminal Bas. Punyalah dah dekat terminal bas ni, kitorang pula jalan terus je ke depan, terpaksa reverse balik, hahaha.... Seperti yang diramalkan, cuaca kat luar hujan....


Beratur tunggu bas, bas nombor A21 menuju terus kat area tempat kitorang stay... Lebih kurang 11.30am bas pun gerak....


Pipi memasing kembung-kembung tengah melantak, hihi... Turun di perhentian yang ke tujuh, jangan terlepas stesen, janji ngan tuan rumah 13.00pm oclock, kitorang ada banyak masa lagi, 12.10pm dah terpacak kat sini... Sambil-sambil menunggu tu ngan cuaca sejuk, hujan renyai-renyai, makanlah chicken satay wrap yang kitorang sengaja tapau dari flight.


Cun-cun 13.00pm tuan rumah datang pickup kami dan terus menuju ke apartment... Amazing Apartment, Kowloon, Hong Kong... Apartment berada di 13rd floor, tingkat paling atas sekali...

Gambar kat atas tu ruang tamu sekali ngan dapur, 2 pintu sebelah-menyebelah sofa bed tu adalah pintu bilik, sofa bed tu double bed size, tapi bagi Cik Nita tidur sorang ja kat luar, muahehehe....

Oh ya,rombongan kitorang kan 12 orang semuanya, tapi dah divide 2 group, kami berenam stay apartment ni, Cik Rema sekeluarga pula stay kat hotel... Bagi kami yang nak masak-memasak ni kenalah stay apartment, duk hotel mana boleh masakkan...


Aisshh lupa nak gambar bekalan makanan, memang cukup tuk hidup selama 4 hari 3 malam kat sana, makanan dalam tin paling senang bawa, maggi, roti tu wajib, beras pun kitorang angkut sekali ngan bawang-bawangan tau, hehehe...

So sabun taharah kena bawak lah tuk samak peralatan memasak, bungkusan sabun tu je sempat aku snap pic, hihi....

Bilik utama, dihuni oleh kami bertiga, Miss Rina, Miss Aina and me.... Apartment ni comel je ye, keluasan cukup-cukup untuk lalu-lalang tak berlaga bahu dan bontot, eh perkataan tu tak lah kasar sangat, kihkihkih...


Bilik kedua bagi mak-mak pula , my sis n mak nita, keluasan bilik ni muat-muat tuk katil  ni je, takde almari...

Apartment ni kira completelah, dari perlatan dapur bolah masak-memasak, nak cuci baju pun ada washing machine, tapi kalau engko sekejap je stay, tak lah rajin nak cuci-mencucikan... Wifi pun ada ya, engko online lah sampai puass...


Tu dia rombongan baju putih, pengembaraan bermula.... 14.10pm kami gerak ke stesen mrt, sebelum tu singgah beli baju hujan dulu... Sejarah berulang kembali, masa kitorang pegi Vietnam 2015 pun tengah musim hujan, jadi jalanlah dengan beralaskan baju hujan. Jangan heran orang Hong Kong tak pakai baju hujan, diorang prefer guna payung, macam kita juga, kalau kat Malaysia mesti cari payung, mana pandang baju hujan ni, kan kan...


On off hujan ni, ok la tu, tak lah basah kuyup...
Turun di Stesen Central dan kat sinilah meeting point untuk guide pickup customers mereka....


'5 bujangan' thehehehe...
Sebenarnya kami sampai awal sejam ni, jadi apa lagi aktiviti, klik klik klik la tangkap gambar...


Jangan tak tau, i ni model tak rasmi Miss Rina, ngeee....
Memori kad cameranya banyak muka aku je, kahkahkah...




Hamboii Cik Zillah, tak payah nak nganga sangat mulut tu kosentret dengar penerangan guide...
15.50pm guide pickup, tapi sebelum tu diorang akan agih-agihkan tiket tram, kena tunjuklah bukti pembelian tiket, aku dah nyatakan di entri sebelumni, combo tiket The Peak beli secara online via klook.

Bila rasa-rasa semua dah sampai, oh ya ada ramai group lain lagi yang datang dari pelbagai tempat, semuanya berkumpul sekali dan dibahagi kepada 2 group, group bahasa orang putih ngan group bahasa cina, hihihi....


Warning dah diberitahu time briefing, kena jalan laju-laju menuju ke The Peak Tram, jangan terpisah dari group, sambil jalan tu tetap sempat juga tekan kamera...


Berjalan kaki laju-laju dalam 10 minit sampai....


 Bersesak-sesak ni dalam tram, sesiapa pernah pergi Bukit Bendera kat Penang, lebih kurang macam ni lah, so nak merasai naik tram, pegi je Bukit Bendera, Penang, sama la tu naik train sampai ke atas.... 

Tips : Korang tak payah nak lemah lembut kalau tengah ramai orang macamni, siapa lambat, lemah, lembab, tinggal....Korang main kasar je, kalau engko rasa engko ganas, orang-orang kat sana ada lagi ganasss, okeh... Take note!!

All right, maafkan ku... Penceritaan ku tuk entri ni setakat ni je, to be continue Part 2... Kalau nak tahu apa kitorang buat kat sini, tungguu... ;-*

Wassalam...