Tuesday, 20 December 2016

Gunung Wakid, Sunsuron Tambunan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t... Haloo 'eberybadi'...


17 Disember 2017 (Saturday)

I'm here Gunung Wakid Sunsuron, Tambunan...


Menyibuk ngan program orang lain, wakahkah...


Nampak yang ramai-ramai kat belakang tu... Dorang yang pegi 3 Hills/Day... Kebetulan ada program pula pada hari yang sama...


08.00 am begerak dari dewan... Kat sini kira starting pointla... Grup of 5 person tambah sorang lagi our guide... Mesti cukup 5 orang, baru boleh naik bukit tu, hihi... Nanti aku kenalkan yang mana satu guide kitorang, dalam ramai-ramai tu korang pilih la, hahaha...


Pemandangan sawah padi...





Watch your step...

Sepanjang perjalanan engko jangan haraplah jalannya cantek elok je, engko jumpa ja la jalan yang becak... Kalau ada masa memang nak cari kasut adidas kampung tu, tapi memang tak sempat dah nak cari, lagi pun aku tak tau mana nak beli, hehehe alassan.. Tapi better korang tak payah pakai kasut cantik-cantik dan mahal korang tu...

Inipun kira bagus cuaca panas, kalau hujan, mandi lumpur la jawabnya, emmm...


Satu jam perjalanan, akan jumpala jambatan gantung ni....





Selepas dah lalu jambatan tu, mulalah kitorang melalui sungai... Bukan sekali kena lalu sungai, adalah dalam 5 kali cam tu, jarak sungai tu pendek je kalau nak menyeberangpun... Mula-mula tu bolehlah mengelak kasut dari basah, last-last aku tak peduli dah, masuk je la kaki dalam air... Dari aku jatuh terjelopok gedebuk macam nangka busuk kan, wakahkah... Sedar diri kaki 'pindik' nak melangkah, lagipun batu-batu tu licin kot... Alang-alang dah kasut kotor, kita basahkan je terus, hihihi....


Lalu kat lereng-lereng bukit, mata tengok jalan je, akar-akar pokok dan batu-batu sangat membantu...


Kawasan ni lapang sikit....
09.20am berhenti sekejap, teguk-teguk air, alas-alas perut....



Sinilah satu-satunya tempat kalau nak ke tandas... Jalan nak ke tandas ni kena ke depan lagi, pastu terpaksa patah balik untuk meneruskan pendakian....

Siapa yang dah tak tahan nak membuang tu kena bertahan lebih sikitla... Nak ke tandas pun seksa engko, uwaaaaa....




Worait guys, go go go... Boleh tahan curam, dalam gambar tak nampak dahsyat la ketinggian tu, tapi seriously curam siot... Engko jangan nak mendongak sangat kalau naik tu, kalau turun pula, engko jangan nak merenung-renung ke bawah, uoll tengok jalan je, boleh bikin stress, uwaahaha... Kalau engko jenis yang gayat lagi, emmm engko persiapkanlah diri dari segi mental dan fizikal.... 

Kalau part curam tu, Mr. Guide tanya jugak nak guna tali ke tak, kitorang geleng kepala, no need... So jangan risau, kepada sesiapa yang agak-agak perlukan bantuan the rope, tali disediakan 😄 ....

Ai is isteady je, muahehehe... (Punya tambirang 😝😝) Set je dalam pikiran, bukannya jauh sangat, 1,372 meter je pun ketinggian, hehehe...


10.30am... Tadaa.. Eh lum sampai lagi lah, ni puncak yang pertama...


What a nice view 😍😍....


10.55am... Alhamdulillah, reach of the peak of Gunung Wakid....


Santai-santai dulu...


Entah tu jalan ke mana, kalau uoll gila hiking sangat, pegi la try bukit-bukit sebelah-sebelah tu lagi, muahehehe...


Eh apasal aku dalam air ni... This is Kolopis Waterfall...

11.30am kitorang dah tersadai kat sini, wah laju nampak turun tu... Singgah dulu kat air terjun... Rendah je air terjunnya... Tak nak basahkan rambut, berendam je la sampai aras pinggang...


Kesejukan...



Dah dah jom balik... 12.30pm meneruskan perjalanan...





Patah balik ikut laluan yang sama juga...


Opkos kasut aku paling dahsyat kotornya...


13.45pm... Ngam sangat timing nak lunch... Oh ya, aku tak story pula pakej Gunung Wakid ni RM 70 per pax include guide, certificate and late lunch...

Kat sini, korang nak mandi pun boleh okeh, ai is besiram-siram je, cukuplah bersihkan apa yang patut... Hehehe...


Gitteww penyerahan sijil from our tour guide Mr. Renddey... Hah budak baru abis sekolah guide kitorang, pengalaman naik Gunung Wakid pun adalah dalam 7 kali je baru, tunggulah 2 3 tahun lagi, mungkin jadi malim Gunung Kinabalu pula, muahehehe... Gurau je Renddey ye...

Korang nampak dia kecik je, tapi memang isteady je budaknya 💪🏻💪🏻....

So berakhirla eksplorasi ku di Gunung Wakid... Penutup aktiviti ku di tahun 2016... Jumpa lagi di tahun hadapan...

Apa-apapun credit picture from Saudara Sidar... Komawo...

Amazing Memory of 2016... My Dream... My Journey.... My Life... My World...   





































Friday, 30 September 2016

Mount Kinabalu (2nd time)

Salam...
Hi semua...

Tak payah mukadimah bunga-bunga, aku story-mory terus je lah...

27 September 2016 (Tuesday)


This is my team... Actually (cheh ispiking london kunun ku 😆😝) aku ganti orang je ni, sayang pula ada kuota kosongkan, so apa kata i masuk slot yang empty itu, muahehehe...

9 kuntum bunga dan hanya seekor kumbang dijaga oleh sepasang pekebun, wakahkah apa aku mengarut ni, okeh bahasa biasanya, kitorang 10 orang kesemuanya, 9 orang gadis dan seorang aboi, guide kitorang Sis Ros (dapat guide perempuan kali ni) and Uncle Saiun (sorry  ankel cam tak ngam ja nama ankel ni, i lupaa....)


Nampak lelaki berbaju oren kat hujung tu, Mr. Ben namanya, dia yang atur pendakian kami ni dari A to Z, sesiapa yang berminat nak berurusan dengan dia, boleh berhubung ngan saya dulu, i is very rekomen this person 👍🏻👍🏻👍🏻, dia tak join kitorang mendaki tapi dia memantau pergerakan kami dan semuanya berjalan dengan lancar, tengs a lot Mr. Ben.

Uitzz da pula pasangan pekebun tu kat belakang join begambar, hahaha tengok pic ni betul-betul baru perasan 😄😛 ...

0910am...
Bismillahirrahmanirrahim... Memulakan pendakian...


My first posing, hehehe... Masa ni
500 meter pun tak sampai lagi rasanya, memandangkan first time aku pegi dulu takde begambar kat sini, second time pegi ni i decide nak lah amik gambar, muahehehe....


Baru separuh jalan sebelum tiba di Laban Rata... Syukur ada ni aboi, Arthur namanya... Dialah peneman aku naik sehingga kilometer keempat....


Berhenti di pondok kelima, Layang-Layang... Lebih kurang 2km lagi tuk sampai di Laban Rata.... Rehat punya rehat, kat sini si Lenny muncul so kami meneruskan pendakian bertiga sehinggalah aku dah tersasar ke atas sikit dan kami terpisah...


Gambar sebelum kami bertiga terpisah (macam tragis je 'terpisah' wakahkah)...


12.50 tengah hari...
Alhamdulillah aku tiba di Laban Rata setelah aku tengok depan belakang depan belakang pastikan ada juga orang yang sentiasa turun naik (tau juga aku takut naik sorang, hihihi)...

Sambil menunggu yang lain, stay-stay dulu makan bungkusan nasi yang kitorang dapat sebelum memulakan pendakian tadi (makan minum termasuk dalam pakej). 

Seorang akak ni tegur i, adalah dia tanya itu ini... Tak lama lepastu si Lenny pula tiba, rupanya dia pun terpisah ngan si Arthur... Dah rilek-rilek, isi perut, we decide cek in bilik, so naikla kitorang kat atas, tup tup...


Jumpa retis engko... Peeewiittt... Nampak sangat takde moodnya abang Amy ni (sedap sikit ayat panggil abang muahahaha), mesti dia penat sangat, awal pagi tu dia naik puncak, tapi tetap melayan kitorang yang nak begambar. Dan... rupanya akak yang menegur aku tadi tu bini abang Amy, sowy akak, i tak kenal u 😅😅 kalau tak kita selfie dulu sebelum terjumpa asben u ni, kihkihkih.....

Syukur jam 02.00pm si Arthur pula muncul, dia jauh tetinggal tadi coz kakinya krem, nasib baik pulih cepat...

Jam 03.00pm 4 orang lagi adik-adik muncul dan 3 orang terakhir tiba jam 04.30pm...

Alhamdulillah semuanya tiba di Laban Rata dengan selamat...


Ditempat yang sama, posing pun hampir sama tapi hari yang berlainan...

Cepat-cepat amik gambar sebelum hari gelap dan sejuknya tak payah cakapla... Masa ni dah jam 5 lebih selepas kitorang dinner... Dinner time 04.30pm-07.00pm.


Snap lagi sekeping, angin kuat masa ni, nampak dah kabus kat belakang tu, nampak rilek je dalam gambar tapi sebenarnya menahan kesejukan.....

28 September 2016 (Wednesday)


Jam 02.00am masa untuk supper dan lebih kurang jam 02.40am kami memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu...

04.05am aku, Lenny dan Arthur  tiba di checkpoint Sayat-Sayat... Selepas si kak Ros tu suruh kitorang pandai-pandailah naik sendiri, ekekeke... Masa mula-mula naik tu dia cakap nak join kami, baru beberapa meter, dengar dah bunyi walkie talkie panggilan dari si ankel Saiun, terpaksalah si kak Ros tunggu adik-adik kat belakang, it's ok, i is memang risau kat diorang, biarlah pasangan pekebun tu jaga 7 kuntum bunga yang lain, hehehe....

Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan... (Wah bermadah sikit)

Meneruskan pendakian berbaki 1.5km je lagi sebelum tiba di puncak, semakin lama cuaca semakin sejuk, sejuk yang melampau-lampau rasanya, kabus yang sangat tebal, seolah-olah aku memahami perasaan orang yang rabun coz penglihatan aku pun jadi kabur gara-gara kabus yang tebal itu, embun menyebabkan kami kebasahan, seriuosly embun kat kening ngan bulu mata aku nak jadi ais dah, kat rambut c Lenny pun sama, c Arthur pun sama juga tu di janggut dia tu, hahahaha... (Aishhh jadi skema pula ayatku tiba-tiba bila cerita semakin serius, wakhkahkah)

Aku menghampiri puncak sebelum jam 05.30am, kat atas hanya beberapa langkah ja lagi signbord puncak tu, beberapa orang dah turun balik, sempat dengar pasangan suami isteri mat salleh duk bincang cam nak gaduh pun ada samada nak stay atau turun... Guide-guide pun cakap, kalau macam ni lah keadaanya, mungkin jam 8 baru terang, tapi sepanjang menunggu hari terang tu kita tak tau apa akan jadi kan.... Syukur Alhamdulillah hujan tak turun, kalau tak lagi dabel tripel fopel pel pel pel la kesukaran yang jadi....

Aku tak tau nak buat apa, so aku berdiri je kat atas tu sambil tunggu Lenny ngan Arthur (oh ya, kami terpisah lagi, macam biasa aku meneruskan perjalanan sendiri)...

Masa tu aku fikir keselamatan dan kesihatan ja, aku dah menggigil-gigil kat atastu, jari-jari kebas, nak timbul dah biru-biru di hujung jari ku, tak rasa apa-apa kalau pegang apa pun. Lenny ngan Arthur sampai ja, aku tanya, sekarang kita nak buat apa?? Lenny cakap jom kita turun, aku ikut ja...

So no pic bersama signbord baru, huhuhuhu TT_______TT ... Jangankan signbord baru, sunrisepun tak muncul-muncul juga, langsung tak nampak pemandangan sekeliling dengan kabus yang tebal... Seriously puncak seringgit pun tak nampak, donkey ears pun sama.... Jadi maksudnya apa tu, dia suruh aku datang balik supaya begambar ngan signbord baru lah tu, hahahaha.... (senangkan hati sendiri)
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan ;-)


Nampak kabus kat belakang tu...


Alhamdulillah adik-adik berenam berjaya juga menghabiskan pendakian, biar lambat asalkan sampai... Cuma seorang surrender, takpe in shaa Allah ada rezeki lain kali kita naik lagi k...



Ni dah melepasi checkpoint Sayat-Sayat... Langsung tak nampak pemandangan...

Walaupun dah jam 7 lebih kitorang sampai di Laban Rata, keadaan masih gelap...

10.30am adalah masa tuk cek out, kalau lambat cek out kena cas tau... Si kak Ros tu dah awal-awal  halau kami bertiga suruh turun dulu, wakahkahkah... Lagi bagus dia suruh kitorang turun dulu dari dia berjanji manis nak join kami, memang tak akan jadi punya, gurau ya kak Ros jangan marah, muahehehe... Sis Ros ngan Uncle Saiun boleh jaga adik-adik betujuh yang lain....



Nak tengah hari dah pun masih bekabus... 



Turun punya turun, terserempak ngan c Jaimie, budak ni lah mountain guide kitorang masa aku first time naik gunung dulu, tu rrr ada namanya kat sijil aku, tak sangka berjodoh juga kita jumpa lagi ye... :-)

Entah sampai kilometer ke berapa kami masih turun bertiga, kalau aku cepat pun mesti aku tunggu Lenny ngan Arthur di pondok seterusnya, sehinggalah kami terpisah lagi, aku direct turun terus ke Timpohon (drama sangat terpisahkan 😝).

Kali ni aku tawakal turun sorang, sekejap sekejap tu adalah 2 3 orang lalu tapi memang banyak masa tengok belakang kosong tengok depan kosong.... 


Ini namanya 'tangga kesengsaraan' terakhir sebelum tiba di Timpohon, aku paling ingat tangga ni coz first time aku datang dulu, di tangga ni la aku tiba-tiba pening kepala, nasib baik masa tu dah turun, dah selamat sampai puncak pun.

Jam 01.55pm aku tiba di Timpohon Gate, sebelum 02.30pm muncul Lenny ngan Arthur.

Apa lagi lunch time la, macam biasa kami bertiga lunch dulu, tunggu punya tunggu lebih kurang jam 04.00pm tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Aduhh teringat adik-adik bertujuh dalam perjalanan turun, habislah basah kena hujan 😰😰 ... Lunch time sehingga 04.30pm, adik-adik betujuh sempatla tapaukan makanan dan makan sikit...


Last but not least... Sampai berjumpa lagi semua... Mount Kinabalu ada rezeki akan ku tawan sekali lagi... (Uinahh cam yakin ku becakap tu, wakahkahkah) Aaaminnnn...


Walau apapun, bukti aku kembali ke Mount Kinabalu untuk kali ke dua.... 😘😘😘

Wasalam...