Friday, 30 September 2016

Mount Kinabalu (2nd time)

Salam...
Hi semua...

Tak payah mukadimah bunga-bunga, aku story-mory terus je lah...

27 September 2016 (Tuesday)


This is my team... Actually (cheh ispiking london kunun ku 😆😝) aku ganti orang je ni, sayang pula ada kuota kosongkan, so apa kata i masuk slot yang empty itu, muahehehe...

9 kuntum bunga dan hanya seekor kumbang dijaga oleh sepasang pekebun, wakahkah apa aku mengarut ni, okeh bahasa biasanya, kitorang 10 orang kesemuanya, 9 orang gadis dan seorang aboi, guide kitorang Sis Ros (dapat guide perempuan kali ni) and Uncle Saiun (sorry  ankel cam tak ngam ja nama ankel ni, i lupaa....)


Nampak lelaki berbaju oren kat hujung tu, Mr. Ben namanya, dia yang atur pendakian kami ni dari A to Z, sesiapa yang berminat nak berurusan dengan dia, boleh berhubung ngan saya dulu, i is very rekomen this person 👍🏻👍🏻👍🏻, dia tak join kitorang mendaki tapi dia memantau pergerakan kami dan semuanya berjalan dengan lancar, tengs a lot Mr. Ben.

Uitzz da pula pasangan pekebun tu kat belakang join begambar, hahaha tengok pic ni betul-betul baru perasan 😄😛 ...

0910am...
Bismillahirrahmanirrahim... Memulakan pendakian...


My first posing, hehehe... Masa ni
500 meter pun tak sampai lagi rasanya, memandangkan first time aku pegi dulu takde begambar kat sini, second time pegi ni i decide nak lah amik gambar, muahehehe....


Baru separuh jalan sebelum tiba di Laban Rata... Syukur ada ni aboi, Arthur namanya... Dialah peneman aku naik sehingga kilometer keempat....


Berhenti di pondok kelima, Layang-Layang... Lebih kurang 2km lagi tuk sampai di Laban Rata.... Rehat punya rehat, kat sini si Lenny muncul so kami meneruskan pendakian bertiga sehinggalah aku dah tersasar ke atas sikit dan kami terpisah...


Gambar sebelum kami bertiga terpisah (macam tragis je 'terpisah' wakahkah)...


12.50 tengah hari...
Alhamdulillah aku tiba di Laban Rata setelah aku tengok depan belakang depan belakang pastikan ada juga orang yang sentiasa turun naik (tau juga aku takut naik sorang, hihihi)...

Sambil menunggu yang lain, stay-stay dulu makan bungkusan nasi yang kitorang dapat sebelum memulakan pendakian tadi (makan minum termasuk dalam pakej). 

Seorang akak ni tegur i, adalah dia tanya itu ini... Tak lama lepastu si Lenny pula tiba, rupanya dia pun terpisah ngan si Arthur... Dah rilek-rilek, isi perut, we decide cek in bilik, so naikla kitorang kat atas, tup tup...


Jumpa retis engko... Peeewiittt... Nampak sangat takde moodnya abang Amy ni (sedap sikit ayat panggil abang muahahaha), mesti dia penat sangat, awal pagi tu dia naik puncak, tapi tetap melayan kitorang yang nak begambar. Dan... rupanya akak yang menegur aku tadi tu bini abang Amy, sowy akak, i tak kenal u 😅😅 kalau tak kita selfie dulu sebelum terjumpa asben u ni, kihkihkih.....

Syukur jam 02.00pm si Arthur pula muncul, dia jauh tetinggal tadi coz kakinya krem, nasib baik pulih cepat...

Jam 03.00pm 4 orang lagi adik-adik muncul dan 3 orang terakhir tiba jam 04.30pm...

Alhamdulillah semuanya tiba di Laban Rata dengan selamat...


Ditempat yang sama, posing pun hampir sama tapi hari yang berlainan...

Cepat-cepat amik gambar sebelum hari gelap dan sejuknya tak payah cakapla... Masa ni dah jam 5 lebih selepas kitorang dinner... Dinner time 04.30pm-07.00pm.


Snap lagi sekeping, angin kuat masa ni, nampak dah kabus kat belakang tu, nampak rilek je dalam gambar tapi sebenarnya menahan kesejukan.....

28 September 2016 (Wednesday)


Jam 02.00am masa untuk supper dan lebih kurang jam 02.40am kami memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu...

04.05am aku, Lenny dan Arthur  tiba di checkpoint Sayat-Sayat... Selepas si kak Ros tu suruh kitorang pandai-pandailah naik sendiri, ekekeke... Masa mula-mula naik tu dia cakap nak join kami, baru beberapa meter, dengar dah bunyi walkie talkie panggilan dari si ankel Saiun, terpaksalah si kak Ros tunggu adik-adik kat belakang, it's ok, i is memang risau kat diorang, biarlah pasangan pekebun tu jaga 7 kuntum bunga yang lain, hehehe....

Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan... (Wah bermadah sikit)

Meneruskan pendakian berbaki 1.5km je lagi sebelum tiba di puncak, semakin lama cuaca semakin sejuk, sejuk yang melampau-lampau rasanya, kabus yang sangat tebal, seolah-olah aku memahami perasaan orang yang rabun coz penglihatan aku pun jadi kabur gara-gara kabus yang tebal itu, embun menyebabkan kami kebasahan, seriuosly embun kat kening ngan bulu mata aku nak jadi ais dah, kat rambut c Lenny pun sama, c Arthur pun sama juga tu di janggut dia tu, hahahaha... (Aishhh jadi skema pula ayatku tiba-tiba bila cerita semakin serius, wakhkahkah)

Aku menghampiri puncak sebelum jam 05.30am, kat atas hanya beberapa langkah ja lagi signbord puncak tu, beberapa orang dah turun balik, sempat dengar pasangan suami isteri mat salleh duk bincang cam nak gaduh pun ada samada nak stay atau turun... Guide-guide pun cakap, kalau macam ni lah keadaanya, mungkin jam 8 baru terang, tapi sepanjang menunggu hari terang tu kita tak tau apa akan jadi kan.... Syukur Alhamdulillah hujan tak turun, kalau tak lagi dabel tripel fopel pel pel pel la kesukaran yang jadi....

Aku tak tau nak buat apa, so aku berdiri je kat atas tu sambil tunggu Lenny ngan Arthur (oh ya, kami terpisah lagi, macam biasa aku meneruskan perjalanan sendiri)...

Masa tu aku fikir keselamatan dan kesihatan ja, aku dah menggigil-gigil kat atastu, jari-jari kebas, nak timbul dah biru-biru di hujung jari ku, tak rasa apa-apa kalau pegang apa pun. Lenny ngan Arthur sampai ja, aku tanya, sekarang kita nak buat apa?? Lenny cakap jom kita turun, aku ikut ja...

So no pic bersama signbord baru, huhuhuhu TT_______TT ... Jangankan signbord baru, sunrisepun tak muncul-muncul juga, langsung tak nampak pemandangan sekeliling dengan kabus yang tebal... Seriously puncak seringgit pun tak nampak, donkey ears pun sama.... Jadi maksudnya apa tu, dia suruh aku datang balik supaya begambar ngan signbord baru lah tu, hahahaha.... (senangkan hati sendiri)
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan ;-)


Nampak kabus kat belakang tu...


Alhamdulillah adik-adik berenam berjaya juga menghabiskan pendakian, biar lambat asalkan sampai... Cuma seorang surrender, takpe in shaa Allah ada rezeki lain kali kita naik lagi k...



Ni dah melepasi checkpoint Sayat-Sayat... Langsung tak nampak pemandangan...

Walaupun dah jam 7 lebih kitorang sampai di Laban Rata, keadaan masih gelap...

10.30am adalah masa tuk cek out, kalau lambat cek out kena cas tau... Si kak Ros tu dah awal-awal  halau kami bertiga suruh turun dulu, wakahkahkah... Lagi bagus dia suruh kitorang turun dulu dari dia berjanji manis nak join kami, memang tak akan jadi punya, gurau ya kak Ros jangan marah, muahehehe... Sis Ros ngan Uncle Saiun boleh jaga adik-adik betujuh yang lain....



Nak tengah hari dah pun masih bekabus... 



Turun punya turun, terserempak ngan c Jaimie, budak ni lah mountain guide kitorang masa aku first time naik gunung dulu, tu rrr ada namanya kat sijil aku, tak sangka berjodoh juga kita jumpa lagi ye... :-)

Entah sampai kilometer ke berapa kami masih turun bertiga, kalau aku cepat pun mesti aku tunggu Lenny ngan Arthur di pondok seterusnya, sehinggalah kami terpisah lagi, aku direct turun terus ke Timpohon (drama sangat terpisahkan 😝).

Kali ni aku tawakal turun sorang, sekejap sekejap tu adalah 2 3 orang lalu tapi memang banyak masa tengok belakang kosong tengok depan kosong.... 


Ini namanya 'tangga kesengsaraan' terakhir sebelum tiba di Timpohon, aku paling ingat tangga ni coz first time aku datang dulu, di tangga ni la aku tiba-tiba pening kepala, nasib baik masa tu dah turun, dah selamat sampai puncak pun.

Jam 01.55pm aku tiba di Timpohon Gate, sebelum 02.30pm muncul Lenny ngan Arthur.

Apa lagi lunch time la, macam biasa kami bertiga lunch dulu, tunggu punya tunggu lebih kurang jam 04.00pm tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Aduhh teringat adik-adik bertujuh dalam perjalanan turun, habislah basah kena hujan 😰😰 ... Lunch time sehingga 04.30pm, adik-adik betujuh sempatla tapaukan makanan dan makan sikit...


Last but not least... Sampai berjumpa lagi semua... Mount Kinabalu ada rezeki akan ku tawan sekali lagi... (Uinahh cam yakin ku becakap tu, wakahkahkah) Aaaminnnn...


Walau apapun, bukti aku kembali ke Mount Kinabalu untuk kali ke dua.... 😘😘😘

Wasalam... 

























Thursday, 8 September 2016

Medan, Indonesia - Day 3 & Last Day

30 Julai 2016 (Saturday)

Salam... Hi semua...


Swimming pool yang berada di depan bilik kami... Dan sekali lagi, selamat kau swimming pool, masa memcemburui, kalau tak, aku berendam sepuas hati dalam tuh... Ibu Insyraaaa.... i is berpuas hati dengan penginapannya, :-* :-*

Ehem... Tapi sebelumtu, nak story, my pants, i bought at Air Terjun Sipiso-Piso, the price 50 000 rupiah (rm 15), rasmi pakai terus pagi ni...

Seawal 0700am, bekpes dulu...


Menggedik di lobi hotel sementara menunggu Mas Awen tiba, grup weall, grup yang menepati masa ye, hikhikhik...


0800am... This is Gundaling...

Semangat weall pagi ni, tempat ni tak open lagi, sebenarnya gambar tu nak tunjuk Gunung Sinabung, tapi memandangkan hari masih muda, gunung tu masih diselebungi kabus, kalau tunggu lama sikit lagi, clearla tu pandangan, tau kan Gunung Sinabung ni masih aktif, rasanya Mei 2016 baru-baru ni, dia ada meletusss...

Oh ya, kali ni i selitkan lah cerita sejarah sikit, muahehehe... Gundaling berasal dari perkataan 'Good Bye My Darling'. Ceritanya bermula apabila sepasang kekasih warga tempatan bercinta dengan Mat Salleh dan hubungan mereka tidak direstui, perpisahan mereka diakhiri dengan ucapan 'good bye my darling'. Last-last dapatlah ringkasan sebutan 'gundaling' dan maka dengan rasminya tempat ni dipanggil Gundaling.... Sekian, story of history... 😄😄

*sumber cerita daripada Mas Awen, kalau cerita ni kurang tepat, maka sama-samalah kita mendapat maklumat yang kurang tepat, hehehe biasalah cerita dulu-dulu...

Wahh yang ni je cerita sejarah melekat dalam ingatanku, yang lain hampeh, takdenye aku ambik tahu, wakahkah....


Kitorang tak lama kat sini, just snap-snap pic je lah...  Tak rasa nak tunggu tempat ni open, mungkin aktiviti yang boleh dibuat kat sini, ride a horse.. Dah nampak kuda tu, bau najis kuda pun semerbak, hahaha... 


Tanpa membuang masa, ke Kebun Strawberry dulu kita pagi ni... The weather is nice this morning...



Petik punya petik, setelah ditimbang, hasil yang ku dapat, strawberry berharga 40 000 rupiah (rm 12), boleh tahan murah harganya, kalau kat Malaysia tak dapat harga macam ni rasanya. Wow manis rasanya, i like 🍓🍓🍓

0915am... Tak tunggu lama, jom meneruskan perjalanan ke Medan...


Ke mana tuh rombongan Cik Kiah... :-)



Istana Maimoon....


Kami berdua je verangan lebih sewa bagai persalinan di raja ni, wakahkah...


Pakej persalinan pakaian dan sekeping gambar ni 70 000 rupiah (rm 21).


Sempat membeli  souvenir, opss bukan 2 tu je ye, satu pek ada 10 semuanya, 8 lagi dah selamat ke tangan tuan masing-masing....


1230pm.... Restoran Lubuk Idai....

Bagi aku, from first day berada di Kota Medan, makanan yang disajikan tak lah memgecewakan, nyumnyumnyum... Ibu Insyraaaa, i is berpuas hati juga dengan hidangan makanannya, :-p :-p

Last day adalah shopping day...


Kedai Zulaikha... Shopping kek.. Aishh lupa dah kek apa yang ku beli... Jumlah belian 150 000 rupiah (rm 46)...

1420pm..

Shopping time terus, Mas Awen kata shopping di Pasar Ikan.... Pasar ikan di sini bukanlah menjual dan beli ikan tapi pasar menjual batik, kain, telekung, baju, blablabla.... Memang itulah panggilannya kat sana...


Aku sangkut kat telekung ni je, luckily kedai ni terima Ringgit Malaysia.... Bagi i, Bandung dan Tanah Abang, Jakarta still tempat yang sesuai untuk menyopping, dan ngam tujuan ku ke Medan pun hanya ingin menerokai dan menjelajah tempat orang, so tiada acara shopping sakan kat sini ye...

1500pm... Terus ke mall, dah sampai shoping mall pun, takde benda nak dibeli, tak habis round pun mall tu, itu juga salah satu cara untuk mengelakkan daripada ternampak, terbeli dan tergoda untuk membuat pelaburan, hahaha..... 

1630pm... Sebenarnya kami ada misi yang lebih penting petang ni, so jom cek in hotel dulu...


Hotel Madani... Ada cermin ajaiblah, hehehe....


1730pm... Taman Polonia... Inilah important mission kami.... Rumah Ibu Konsulat, Pn. Salmiah, hehe...


Ekekeke misi kenduri durian uolls...

Terima kasih atas jemputannya Ibu dan Bapa Konsulat.... Tunggu apa lagi, makanlah sepuas hati... Hihihi...

Tenang-tenangkan diri dulu, bagi rest dulu perut tuh, coz pasni nak gi dinner pula...

1950pm dinner time di Restoran Simpang 3, nasi padang lagi... No photo pula kat sini, i'm full already gara-gara makan durian so alkisahnya i makan like a bird la, ermmmm....

Dari petang tadi duk bincang nak lepaking malam terakhir kami berada di Kota Medan...


2035pm... Kafe Nongkrong...

Santai kat sini sambil mendengar live band, nak nyanyi boleh je request dan tunggulah turn tuk sing a song... Aiyak my stomach betul-betul full ni, i'm drink slowly dan kunyah jugalah sikit fries ngan pisang goreng tu....

2155pm... Kembali ke sangkar... Sok flight awal pagi, mengemas, bersihkan diri, rehat, ZzzzZzzZz... Tapi sebelum tu, Indomaret we are coming for the last time, dekat je ngan hotel, jalan kaki je....

31 Julai 2016 (Sunday)


0600am turun bekpes...


Kat lobi hotel... Ibu Insyraaaaa, sekali lagi i berpuas hati dengan penginapannya... For the whole service lah i satisfied, makan minum, pengangkutan, penginapan, tempat lawatan, tour guide.... 👍🏻👍🏻


Sobsobsob TT_____TT ....

0700am... Udah mau ke airport, Mas Awen lagi ngangkat beg luggage ke dalam van...


Tiba di apot... Wahh baru muncul wajah Mas Awen dalam foto...

AK 390.... KNO-KUL... 0830am Boarding.... Departure....

Babai Kota Medan....

Kamsahamnida kepada yang setia dan sabar menghabiskan pembacaan story mory yang membosankan ini... Cheh macam ada orang baca kan, kalau aku sendiri pun rajin tengok gambar je, kwangkwnagkwang...

So kengkawan, where next?? 😜😜

Daaaa berjumpa lagi di next entri, in shaa Allah... 🤗🤗🤗