Tuesday, 29 March 2016

Mount Kinabalu


Salam & Hi semua.....

My first entri for this year, harap-harap pas ni adalah entri-entri seterusnya..... Lama tak jenguk blog, huhuhu.... Rindu nak vacay uolss...

27 Mac 2016 (Sunday)


Syukur AlhamduliLLAH dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan....


Kami berlapan sedia untuk memulakan pendakian... Kecuali yang seorang kat tepi pakai seluar pendek tu, c ankel Kent hanya menghantar pemergian kami yang nak naik ke atas sanaaa...


Melalui Timpohon... This is my first time, tak payah nak menyusahkan diri nak naik dari Mesilaukah atau laluan via ferratakah, kalau boleh nak laluan yang paling senang dan paling shortcut.... 


Tu dia target pertama Laban Rata, 6km...


Selamat mendaki..... 0930am memulakan pendakian....



Sebahagian gambar-gambar sepanjang pendakian.... Hentam ajelah yang kat belakangtu join posing....


Tak nampak pula pemandangan kat belakang, berkabus....


Baru separuh jalan sebelum tiba kat Laban Rata....



Gambar aku memang banyak ngan sumandak ni Miss Zaza coz kitorang gerak bersama....


Bila jumpa signboard ni, bibir ada senyum, ;-)

Tapi 2km pendakian adalah tidak sama ngan 2km berlari, TT___TT

Kalau lari 2km slow & steady, 15 minit dah sampai tapi ini mendaki... 2km bagaikan 10km, uwaaa nak nanges.... :-(


1320pm... Yahuuu tiba di Laban Rata, 4 jam juga baru sampai... Yang tu ankel Mat Salleh lebih kurang tiba serentak ngan kami....

Memandangkan yang lain masih kat belakang, 2 orang guide kitorang pun bersama yang lain, sekali ngan barang-barang kami ada ngan porter, so kami berdua stay la kat bilik, masa ni amik peluang berehat, perjuangan belum selesai....

1630pm adalah makan time, ni kira lunch+dinner+tea time....

Settle makan dan buat apa yang patut, aku tak fikir benda lain dah, yang aku tau nak rehat, tak payah fikir nak bersantai-santai, sekarang ni bukannya menikmati percutian yang merehatkan minda and relax-melax, eh adakah relax-melax, ekekeke.... Tapi nak memerah tenaga dan berhempas pulas untuk sampai ke puncak....

Wowowow banyak bebel pula, ingatkan nak banyakkan share gambar je, hehe..

28 Mac 2016 (Monday)

0230am nak meneruskan perjuangan lagi 2.5km... Bunyi macam sikit, tapiii itu kalau berlari, sekarang ni mendaki okeh MENDAKI....

Sebelum memulakan pendakian cam biasa makan time, tapi tekak aku tak boleh terima makanan sangat, paham-pahamlah kalau bukan masa makan aku so nak paksa hadam makanan tu memang susah... Huh kat situlah juga energy aku bekurangan....


Snap pic dulu... Gambar bersama 2 orang guide kami Mr. Jaimie and Mr. Jasili....

Opkos takde gambar sepanjang pendakian pagi-pagi buta ni, gelap gulita ngan sejuk lagi, hingus aku ni tak payah cakap, dari timpohon meleleh tak berhenti...


Amik masa rehat-rehat jap, sikit lagi sikkiiiittt lagii nak sampai... Veranganlah kalau sikit lagi....

Masa ni tenaga dah bekurangan, kaki aku rasa nak krem dah, TT___TT .... Time ni juga dah start jumpa tali, aku lemah sikit kalau dah masuk bab naik pakai tali ni, tengok jalan je lah mana kaki nak melangkah, kalau dongak ke atas boleh tensen owh sebab nampak tingginye lagi bila nak sampai, huhuhuhu.....


Yess lagi 500 meter... Time ni aku memang jalan slow dah, dari jauh dah nampak orang kat puncak....

0600am....


Sunrise di puncak gunung Kinabalu... Kata guide hari ni awal pula sunrise tu, selalunya 0615 baru muncul, maknanya subuh pun dah awal, maghrib pula dah cepat la tuh, hihihi....


Acara berganti-ganti ni orang nak amik gambar kat puncak.... Kitorang bertiga amik kesempatan dulu sementara tunggu yang lain sampai pula....


Masa ni aku, Miss Zaza ngan En. Nunui tunggulah yang lain sampai, kitorang duduk-duduk kat tepi-tepi tu....

Bila dah sampai semua, diorang panggil naik balik gi puncak nak bergambar sekali, kalau ikut tak larat aku memang malas dah, tapi aku merangkak jugalah panjat balik naik atas tu....



Tadaaa KAMI..... Congratzz semua ^_^


Selalu tengok kat duit kertas RM1 yang lama, sekarang tengok live...


Merakamkan kenangan saat-saat dah nak turun balik....


Arghh bila tengok balik, terfikir pula kenapalah aku sanggup daki gunung ni...

Dah turun ke Laban Rata makanan disediakan lagi, alaa makanan yang sama juga sebelum kitorang naik awal pagi tadi. Last check out 1030am, tapi kami amik late check out sejam, so tambah RM100. Dalam hati ok gak late check out, aku nak rehat dulu, tenaga aku dah takde kalau kitorang turun terus masa tu...

Selepas buat itu ini, lebih kurang 1200pm kami berangkat turun ke bawah, opkos turun amik masa cepat sikit berbanding time naik....

1515pm tiba di Pondok Timpohon, lebih kurang 3 hours & 15 minutes lah tiba kat bawah....


Sebelum berangkat balik ke KK....

Pemandangan gunung kat belakang tak clear sangat, berkabus.... Tak sangka baru je pagi tadi aku terpacak kat atastu....

Makan dulu tau sebelum balik tu, makanan disediakan sehingga jam 0430pm....


AlhamduliLLAH selamat naik dan turun... 

Sehingga berjumpa lagi...... Sayonara.... Mount Kinabalu....

Sabah Land Below The Wind Tanahairku....